Jom Singgah Sini =)

Tuesday, 8 January 2013

[Gambar] Sekolah Bawah Jambatan Di India *0*

Bagi masyarakat dunia, pendidikan merupakan perkara yang penting bagi menjamin masa depan anak-anak mereka..Kesedaran mengenai kepentingan pendidikan juga tidak dipandang remeh oleh golongan gelandangan di India walaupun sekolah yang dihantar untuk anak-anak mereka terletak di bawah jambatan..Nak tahu macam mana keadaan sekolah mereka, meh usha kat bawah ni..


Seorang jurugambar, Asif Qadri dari Associated Press telah menemui sebuah sekolah yang agak luar biasa di New Delhi, India. Sekolah tersebut hanya mempunyai beberapa orang guru, pelajar dan dua papan hitam, tiada kemudahan meja dan kerusi untuk kemudahan pelajar. Sekolah yang khusus untuk anak-anak golongan gelandangan tersebut akan mengajar asas matematik, kaedah membaca dan mengira dan asas menulis yang terletak di bawah jambatan.

Pengasas sekolah tersebut serta dua guru yang lain mengatakan kanak-kanak akan belajar di sekolah berkenaan secara percuma selama lebih tiga tahun. Semenjak pendidikan di India adalah percuma, ia memberi peluang kepada kanak-kanak miskin untuk belajar. Kini, sekolah tersebut mempunyai lebih kurang 30 orang pelajar.


p/s: Di Malaysia, sekolah banyak, pelajar yang kaki ponteng pun ramai..


3 comments:

::aMaD:: said...

kat malaysia bersepah kaki ponteng.
salah kerajaan atau mak ayah??

noor liyana said...

tu la semangat anak2 bangsa mereka..wlupun susah ad semangat nak belajar..kat malaysia ramai yg kaki ponteng..tak tahu nak hargai kesenangan

shuttet said...

payah budak2 zaman sekarang, bagi sekolah taknak sekolah elok-elok..dah kerja jadi kuli sok, baru nak rasa rugi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...