Jom Singgah Sini =)

Sunday 27 January 2013

10 Fakta Menarik Mengenai Otak Manusia =D

Otak merupakan organ terpenting dalam mengawal dan mengatur pergerakan tubuh badan manusia..Namun, tahukah anda bahawa terdapat beberapa fakta menarik mengenai otak yang tidak kita ketahui selama ini..Kalau nak tahu, meh baca kat bawah ni..

1. Berat
Otak mempunyai berat sekitar 3 pounds sahaja.

2. Sakit
Otak manusia tidak akan berasa sakit kerana tiada reseptor sakit pada bahagian otak.

3. Peratus Lemak
Otak manusia merupakan bahagian yang mengandungi kandungan lemak yang paling tinggi iaitu sekitar 60% lemak.

4. Bertahan Tanpa Oksigen
Otak manusia mampu bertahan selama 4 ke 6 minit tanpa oksigen sebelum ia mula gagal berfungsi.

5. Masa Sebelum Hilang Kesedaran
Otak manusia mempunyai masa selama 8 ke 10 saat sebelum hilang kesedaran akibat kehilangan darah yang banyak.

6. Tenaga Yang Dihasilkan Oleh Otak
Otak manusia menghasilkan tenaga kira-kira 10 ke 23 Watts ketika berjaga (ia mampu menyalakan lampu)

7. Jumlah Darah Dan Oksigen Yang Diterima Oleh Otak
Otak manusia menerima 20% jumlah darah dan oksigen yang disalurkan ke tubuh badan.

8. Panjang Saluran Darah Dalam Otak
Jumlah panjang salur darah dalam otak manusia mampu mencecah 100,000 batu!

9. Jumlah Sinaps Dalam Otak
Otak manusia mempunyai kira-kira 1,000 ke 10,000 sinaps untuk setiap neuron.

10. Jumlah Neuron Dalam Otak
Otak manusia mempunyai 100 Billion neuron.

p/s: Hebatkan ciptaan Tuhan? Gunakan lah ia dengan bijaksana =D


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...