Jom Singgah Sini =)

Sunday 2 December 2012

[Video]: Budak Perempuan 8 Tahun Diserang Dolphin *0*

Ikan lumba-lumba sering dikenali dengan sifatnya yang jinak dengan manusia selain merupakan salah satu haiwan yang paling pintar di lautan..Walaubagaimana pun, kejinakkan haiwan marin ini mungkin ada hadnya apabila berlaku insiden dimana seorang budak perempuan telah diserang oleh ikan lumba-lumba ini..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..


Seekor ikan lumba-lumba yang kelaparan telah menyerang dan menggigit seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun di Sea World yang terletak di Orlando, Florida pada minggu lalu sewaktu kanak-kanak malang tersebut cuba memberi makan kepada haiwan berkenaan.

Kanak-kanak tersebut, Jillian Thomas, 8 tahun mengalami tiga kesan gigitan dan bengkak-bengkak pada tangan kirinya selepas diserang haiwan tersebut secara mengejut, ujar ibu bapanya kepada Orlando Sentinel.

Dengan rakaman video yang sempat diambil oleh si bapa, ia memberi pengajaran kepada ibu bapa yang lain agar lebih berhati-hati.

"Pada mulanya saya menyangka yang saya perlu terjun ke dalam air untuk menyelamatkan anak saya," katanya pada Sentinel. "Ini kerana saya menyangka yang dia akan diseret ke dalam air"

Kejadian ini bukanlah kejadian pertama yang pernah berlaku di Sea World ini.

Pada tahun 2006, dua tenaga orang dewasa terpaksa diperlukan bagi membuka mulut seekor ikan lumba-lumba yang telah menggigit lengan seorang kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun di mana telah memberi kecederaan yang teruk, mengikut salah satu artikel Sentinel.

Ibu Jullian, Amy Thomas berkata yang dia akan lebih berhati-hati sekiranya mengetahui yang anaknya akan digigit oleh ikan lumba-lumba berkenaan.

"Saya rasa selamat. Ini kerana kebanyakkan orang menyangka yang ikan lumba-lumba adalah haiwan yang jinak, sentiasa tersenyum, haiwan yang tidak menggigit dengan gigi yang tumpul. Namun, kita semua terlupa yang ia adalah haiwan liar."

Pihak keluarga Thomas tidak merancang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap taman tema tersebut, tetapi mereka mahu pihak pengurusan Sea World meningkat tahap keselamatan dengan membuat kadar had umur kanak-kanak yang dibenarkan untuk memberi makanan kepada ikan lumba-lumba tersebut sambil memberi ingatan yang ikan lumba-lumba tidak lah sejinak yang kita sangka kan.


Video:

p/s: Dolphin mungkin kelihatan jinak di luar, namun liar di dalam..

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *



2 comments:

dariilhamkehati said...

kucing yang comel pown yang duduk rumah , tuh pown gigit orang :P

shuttet said...

yup2 :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...