Jom Singgah Sini =)

Thursday 13 December 2012

[Pelik] Minyak Wangi Dari Pizza Hut =D

Bagi korang yang amat menggemari bau pizza yang enak, kini korang tak perlu lagi berbelanja besar semata-mata mahu menikmati bau tersebut kerana pihak Pizza Hut telah pun mengeluarkan minyak wangi buatan mereka sendiri, dan sudah tentu berbau pizza yang baru lepas dimasak..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..


New York - Dengan usaha luar biasa yang bermula daripada rangkaian sosial, pihak Pizza Hut Inc. yang berpusat di Kanada dan merupakan satu unit daripada Yum Brands, akan melancarkan minyak wangi buatan sendiri yang mempunyai bau aroma "doh segar disaluti rempah", menurut laporan.

Minyak wangi tersebut akan dikeluarkan dan akan diberikan kepada 100 orang Kanada yang bertuah sebagai ganjaran kepada peminat makanan itu. Jejak bau baru ini telah bermula sejak bulan Ogos, apabila agensi jenama Yum Brands di Kanada iaitu Grip Limited telah mengeluarkan cadangan dan pandangan mengenai idea tersebut di Facebook.

Hampir 2,000 orang telah menekan butang "like". Seorang eksekutif Yum Brands memberitahu Globe and Mail yang mereka telah menghubungi pembuat minyak wangi dan telah mencuba kesemua sampel bau, namun sampel bau keju paling tidak berkesan. "Anda rasa bau keju itu menarik? Tidak langsung" kata eksekutif itu.


p/s: Macam mana? Ada ke yang terigin nak pakai? =D


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...