Jom Singgah Sini =)

Sunday, 23 December 2012

[Gambar] Helmet Futuristik Untuk Ahli Bomba =D

Pekerjaan sebagai seorang ahli bomba bukanlah satu pekerjaan yang mudah..Setiap kali melawan kebakaran, mereka bersabung nyawa untuk memastikan harta benda dan nyawa dapat diselamatkan..Antara masalah utama yang sering dihadapi ahli bomba di seluruh dunia ialah kesukaran untuk melihat apa yang yang ada dihadapan mereka apabila asap tebal..Bagi menangani masalah tersebut, sebuah helmet khusus untuk ahli bomba telah pun dicipta..Nak tahu macam mana helmet tersebut berfungsi, meh usha kat bawah ni..



C-Thru Smoke Diving Helmet ialah konsep helmet dengan paparan FLIR yang dibina dalam visor helmetnya. Helmet ini merupakan hasil idea Omer Haciomeroglu dan diharap dapat memudahkan tugas ahli bomba ketika "menyelam" dalam kepulan asap tebal. 

Rekaan helmet ini diyakini mampu dihasilkan dalam tempih masa terdekat memandangkan teknologi yang sedia ada telah pun diterapkan pada helmet yang digunakan oleh juruterbang pesawat pejuang. Ada baiknya jika teknologi ketenteraan seperti ini digunakan untuk kebaikan awam. Sudah pasti banyak nyawa mampu diselamatkan sekiranya helmet C-Thru ini menjadi kenyataan!


Sumber: XLupa

p/s: Macam helmet karakter dalam game pun ada =D

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *


2 comments:

::aMaD:: said...

canggihla. nak beli satu lah!

shuttet said...

sebijik ni pun xtaw la berapa harga..hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...