Jom Singgah Sini =)

Thursday, 1 November 2012

[Video] Lelaki China Saman Isteri Kerana Berwajah Hodoh =D

Sudah menjadi lumrah bagi golongan lelaki untuk mempunyai seorang isteri yang cantik dan menawan..Bagi seorang isteri di China, dia bernasib malang akibat di saman oleh suaminya sendiri akibat mempunyai wajah yang hodoh..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh baca kat bawah ni..


Seorang lelaki di China telah menyaman isterinya akibat mempunyai wajah yang hodoh dan menang kes saman terhadap isterinya itu.

Si suami, Jian Feng berasa ragu akan isterinya itu selepas dia melahirkan anak perempuan mereka.

Feng menuduh anaknya yang baru dilahirkan itu tidak mempunyai wajah yang sama seperti wajah mereka berdua. Dia menyifatkan bayi itu sebagai "amat hodoh". Pada mulanya, dia menyangka isterinya telah menipu dirinya dengan mempunyai hubungan sulit dan bayi tersebut bukan anaknya.

Pada suatu ketika, isterinya mengaku yang dia pernah membelanjakan lebih daripada $100,000 pada beberapa pembedahan plastik sebelum dia bertemu dan berkahwin dengan Feng.

Selepas tahu mengenai pembedahan tersebut, Feng mengambil keputusan untuk menyaman isterinya. Dia membuat dakwaan bahawa wanita itu menyakinkan diri nya untuk berkahwin dengannya di bawah dakwaan palsu.

Pihak hakim bersetuju dengan dakwaan Feng dan mengarahkan si isteri membayar ganti rugi sebanyak $120,000.

~ Bayi yang disifatkan sebagai "amat hodoh" oleh si suami ~

Video:


p/s: Malangnya nasib..

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...