Setelah hampir 8 tahun sejak kematian Yasser Arafat, bekas Ketua Pejuang Pembebasan Rakyat Palestin (PLO) yang juga bekas Perdana Menteri Palestin, hari ini makamnya telah mula digali semula bagi mendapatkan sampel bahan bukti yang mengatakan beliau mati akibat dibunuh dengan menggunakan racun..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh baca kat bawah ni..
RAMALLAH - Pasukan penyelidik telah mula mengambil sampel dari tubuh mantan pemimpin Palestin Yasser Arafat, lapan tahun setelah kematiannya. Mereka ingin mencari kepastian sama ada memang benar Yasser Arafat wafat kerana diracun atau sebaliknya.
Proses mengangkat jenazah Arafat dilakukan secara tertutup dan makam juga pun ditutup dari pandangan awam serta pihak media. Walaubagaimanapun, pihak Palestin memberi kepastian bahawa sejumlah 20 sampel sudah diambil dari jenazah Arafat.
"Pada pukul 5:30 pagi (Selasa 27 November waktu tempatan), para penyelidik mula memindahkan batu dan membuka makam tersebut dengan cara yang teratur," keterangan pihak Palestin, seperti yang dikutip AFP, Rabu (28/11/2012).
Menurut sumber dari Palestin itu, hanya doktor dari Palestin yang dibenarkan untuk menyentuh secara langsung sisa-sisa tubuh Arafat dan mengambil sampelnya dan proses tersebut perlu dilakukan di depan para penyelidik yang berasal dari Switzerland, Rusia dan Perancis.
Sebelum ini, pihak Palestin merancang untuk melakukan upacara istiadat ketenteraan untuk menguburkan kembali jasad Arafat. Tetapi pada akhirnya upacara itu tidak dilakukan, kerana sampel-sampel itu diambil terus dari tubuh Arafat, tanpa memindahkannya dari liang kubur.
"Sampel diambil dari tubuh Arafat di dalam kubur dan sampel itu telah dipindahkan ke masjid," lanjut keterangan pihak Palestin.
Ketua penyelidik kematian Arafat, Tawfiq Tirawi mengatakan, keputusan untuk mengambil sampel tubuh Arafat di dalam kuburnya merupakan keputusan bersama dari para ahli penyelidik yang lain. Sampel-sampel ini akan diuji kandungan radioaktifnya, kerana khuatir Arafat telah diracun dengan zat polonium yang berbahaya.
Perancis mencadangkan penyelidikan ke atas kematian Arafat pada Ogos lalu, atas permintaan isteri Arafat, Suha. Permintaan ini tidak terlepas daripada sifat curiga kerana Arafat wafat ketika dirawat oleh pasukan doktor di Perancis pada 2004 yang lalu.(faj)
Video:
p/s: Harap-harap misteri kematian Yasser Arafat dapat dirungkai..
* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *
No comments:
Post a Comment