Jom Singgah Sini =)

Monday 12 November 2012

Jutawan John McAfee, Pencipta Perisian Anti Virus Internet Security Disyaki Melakukan Pembunuhan *0*

Secara umumnya, dunia mengenali bahawa McAfee Internet Security adalah antara software anti virus terkemuka dunia dan jutaan pengguna komputer seluruh dunia menggunakan antivirus ini kerana keberkesanannya melindungi komputer mereka daripada serangan virus internet..Gambar di bawah ini merupakan wajah sebenar jutawan McAfee yang sydah pun berusia 66 tahun itu..Nak tahu apa cerita yang berlaku di sebalik jutawan ni, meh baca kat bawah..


Sebuah tragedi malang menimpanya apabila disyaki sebagai suspek utama dalam kes pembunuhan seorang jurubina tempatan yang telah ditembak mati pada hari Sabtu di rumahnya di Bandar San Pedro di pulau Ambergris Caye.

McAfee telah bersembunyi di Belize pada 2008 sejak rumahnya diserbu kerana dituduh melindungi kegiatan dadah dan senjata haram serta menjalankan 'pemerosesan dadah'. Beliau juga dikaitkan mempunyai hubungan dengan kumpulan samseng paling terkenal di Belize. 

Mc Afee dipercayai telah memiliki kekayaan $100 juta dollar selepas membangunkan perisian tersebut pada tahun 1980-an yang pada masa itu dikenali anatara salah satu kejayaan terbesar dunia dalam era teknologi digital. 

Beliau membangunkan program aniti virus komputer pada 1989, bekerja sepenuh masa di syarikat miliknya sendiri, McAfee Associates. Menjelang tahun 1992, lebih 100 syarikat ternama telah membeli lesen untuk menggunkan perisiannya. 

Beliau telah lama meninggalkan syarikat yang menggunakan namanya sejak 1994.


Sumber: OrangMuo

p/s: Macam-macam hal..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...