Jom Singgah Sini =)

Wednesday 14 November 2012

[Gambar] Zana Apophis: Pendrive Yang Diperbuat Dari Batu Meteor *0*

Pendrive pada masa kini mungkin tidak sepopular pada masa awal ia diperkenalkan..Namun, bagi mereka yang mahukan peranti storan elektronik yang bergaya dan mewah untuk apa jua alasan dan mempunyai jumlah wang yang banyak, kini terdapat produk terbaru yang direka oleh Zana Design iaitu Apophis, pendrive paling mewah..Nak tahu sebab apa, meh baca kat bawah ni..


Mungkin ada antara anda yang tertanya-tanya apa yang istimewanya dengan pendrive ni? Apa yang membuatkannya istimewa ada lah bahan yang digunakan untuk menciptanya. Pada bahagian luar pendrive ini, anda akan dapati ia disaluti dengan bekas seperti ukiran kayu dan unik berbanding kayu yang digunakan untuk produk rekaan Zana yang lain..

Ini kerana, kayu yang digunakan untuk membuat bahagian luar pendrive ini diambil daripada sejenis Afrika yang berusia lebih daripada 200 tahun dan dilapisi dengan emas 18 karat atau perak bergantung kepada citarasa anda dan jumlah wang yang ingin anda laburkan.

Bagi mereka yang mempunyai pengetahuan dalam bidang astronomi, anda mungkin biasa terdengar mengenai nama Apophis iaitu sebuah asteroid yang diramalkan akan menghentam  Bumi pada masa kan datang. Punca sebenar pendrive ini dinamakan sebagai Apophis adalah kerana di dalam pendrive ini, terkandung cebisan asteroid tersebut yang berusia 4.5 billion tahun. Cebisan asteroid tersebut tiada kene mengena dengan fungsi pendrive berkenaan dan hanya lebih kepada unsur hiasan semata-mata.

Selain daripada bekas dan bahan yang digunakan, pendrive Apophis ini mempunyai kapasiti sebanyak 64GB dan 190MB/s kelajuan bacaan,

Sudah bersedia untuk dijual, harga bagi sebuah pendrive Apophis berserta lapisan emas berharga US$1,900 dan yang dilapisi dengan lapisan perak berharga US$1,130.

Kedua-dua versi pendrive ini mempunyai jaminan seumur hidup. Oleh itu, anda tidak perlu risau untuk kehilangan sesuatu yang berharga.


Bagi anda yang ingin tahu dengan lebih lanjut mengenai produk dari Zana Design, meh singgah kat sini - Zana Design

p/s: Baik aku beli Hard Disk terus..Hehehe =D


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...