Jom Singgah Sini =)

Monday, 26 November 2012

[Gambar] Gula-Gula Yang Membuatkan Tubuh Menjadi Wangi =D

Lazimnya, gula-gula yang selalu di makan hanya akan membawa kesan manis dan bau wangi hanya di dalam mulut sahaja..Namun, sejenis produk gula-gula yang di namakan Deo Perfurm Candy mampu membuatkan tubuh badan si pemakan turut menjadi wangi..Nak tahu macam mana ia berlaku, meh usha kat bawah ni..


Deo Perfume Candy mampu membuatkan semua orang yang memakannya mempunyai aroma seperti bunga mawar segar dari Bulgaria. Kesan wangian ini disebabkan oleh geraniol, iaitu sejenis antioksidan yang mengeluarkan aroma harum dan jika gula-gula itu dimakan, ia mampu meninggalkan bau wangi selama yang mungkin di dalam tubuh anda. Wangian Deo Perfume Candy pada tubuh anda akan bertahan selama 6 jam.

“Geraniol adalah sejenis antioksidan yang beraroma harum, jika di makan aromanya akan keluar dari pori-pori tubuh,” ujar jurucakap pengilang produk ini. “Secara ilmiahnya, itu akan membuat aroma wangi dan manis dapat bertahan selama beberapa jam.”

Perusahaan Beneo mengatakan cara gula-gula ini berfungsi diibaratkan seperti mengunyah bawang. Gula-gula bebas-gula ini turut mempunyai rasa lemon dan dijual USD 10 untuk satu bungkus. Hari ini, Deo Perfume Candy sudah pun dijual di Sepanyol, Jerman, China, Korea dan akan dijual di Amerika Syarikat pada tahun depan.


p/s: Lepas ni tak payah bazir duit beli minyak wangi lagi dah =D

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

2 comments:

Unknown said...

ok.this is the first time I open this blog and walawehh..sochai!
cantik betul gambar cloud clown tu!
btw sochai tu maknanye ape?

2nd thing, coklat tu nampak menarik utk mengetahuinya fakta sahaja.xberani cuba..hehe

shuttet said...

thanks aMaD sebab sudi singgah kat blog saya..
Sochai tu sebenarnya membawa maksud berfikir dalam bahasa Punjabi..nampak simple sikit..hehehe =D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...