Jom Singgah Sini =)

Saturday 27 October 2012

[Video]: Robot Yang Boleh Berlari Lebih Laju Daripada Usain Bolt =D

Seperti yang kita sedia maklum, Usain Bolt merupakan manusia yang paling pantas di dunia..Namun, dengan teknologi yang sedia ada, pihak tentera US telah berjaya mencipta sebuah robot yang mampu berlari lebih pantas berbanding Usain Bolt..Nak tahu apa robot tu, meh usha kat bawah ni..



The Cheetah merupakan sebuah robot yang mampu bergerak dengan pantas dalam sejarah dan ia telah dicipta oleh tentera US dan Agensi Penyelidikan DARPA. Ia dikatakan mampu bergerak lebih kaju berbanding Usain Bolt.

Menurur pihak International Association of Athletics Federations, Bolt telah berjaya memegang rekod dunia pada tahun 2009 semasa dia berlari pada 27.78 batu sejam pada sela 20 meter semasa larian pecut 100 meter.

 The Cheetah walaubagaimana pun baru-baru ini telah mencatatkan kelajuan sebanyak 28.3 batu sejam pada sela 20 meter dan ia mempunyai sedikit kelebihan berbanding Bolt kerana ia hanya berlari di atas treadmill.

The Cheetah sedang dibangunkan dan diuji di bawah program DARPA's Maximum Mobility & Manipulation (M3) oleh Boston Dynamics.

"Model robot seperti Cheetah merupakan sesuatu yang anggun dan penuh dengan inovasi, tetapi matlamat kita bukan lah untuk menyalin alam semula jadi," kata Gill Pratt, pengurus program DARPA.

"The Cheetah telah menjadi contoh yang terbaik untuk bagaimana kejuruteraan semulajadi telah berjaya mencipta kelajuan dan ketangkasan di kawasan yang kasar. Ia telah mendapat suntikan idea-idea dari reka bentuk alam dalam corak langkah, lenturan pada bahagian belakang, penempatan anggota dan kestabilan."


Video:

p/s: Teknologi mengatasi batasan manusia..

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...