Jom Singgah Sini =)

Thursday, 11 October 2012

[Unik]: Tatu Termahal Di Dunia *0*

Tatu dikatakan mempunyai pelbagai fungsi dalam sejarah manusia..Tatu mungkin dilihat membawa nilai rohani dalam alam semulajadi dan nilai estetika yang unik, namun pada hari ini tatu dilihat lebih kepada menjadi penanda khusus terhadap sesetengah kumpulan..Dengan kewujudan tatu yang termahal di dunia ini, ia mungkin boleh menjadi yang pertama dalam memaparkan kekayaan di pemakai..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh baca kat bawah ni..


Tatu yang dipakai oleh model Afrika Selatan ini yang juga merupakan duta jenama Shimansky, Minki van der Westhuizen bukan lah tatu yang biasa kerana ia dilukis tanpa menggunakan cat seperti kebanyakkan tatu yang biasa.

Tatu ini dibuat dengan menggunakan batu permata 612 Shimansky .5 karat yang dipotong sempurna yang dilekat kan pada badannya.

Shimansky menggunakan pelekat yang berasaskan air untuk melekatkan berlian secara sementara pada badan model tersebut. 

Tatu termahal di dunia ini bernilai kira-kira US$924,000 (RM2.77 juta) dan tukang emas mewah itu mempertimbangkan untuk membuat tatu yang sama di mana-mana daripada 8 kawasan di Afrika Selatan atau di empat lokasi yang bertaraf antarabangsa.


Bagi korang yang nak tahu dengan lebih lanjut pasal rekaan berlian terbaru dari Shimansky, boleh singgah kat sini - Shimansky

p/s: Tak takut kena rompak ke? Hehehe..

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...