Jom Singgah Sini =)

Sunday 28 October 2012

[Hebat] Syarikat British Tukar Udara Menjadi Petrol Untuk Kereta & Kapal Terbang =D

Dengan perkembangan teknologi yang semakin maju pada hari ini, nampaknya usaha dalam penghasilan bahan api alternatif bagi menggantikan bahan api fosil mula menjadi kenyataan..Sebuah syarikat yang berpangkalan di British telah berjaya menukar udara menjadi bahan api pengganti untuk kereta dan kapal terbang..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..



Air Fuel Synthesis yang terletak di Stockton-on-Tees, Teeside, sebuah syarikat kecil di Britain telah berjaya menghasilkan "petrol dari udara" pertama di dunia dengan menggunakan teknologi "revolusioner yang menjanjikan penyelesaian krisis tenaga serta membantu memulihkan masalah pemanasan global dengan mengeluarkan karbon dioksida dari atmosphera."

Syarikat ini telah berjaya menghasilkan 5-liter petrol sejak Ogos lalu dalam loji penapisan kecil yang mensintesis petrol daripada karbon dioksida dan wap air. 

Walaupun syarikat tersebut masih baru membangunkan proses mereka dan masih perlu menggunakan tenaga elektrik daripada grid nasional, ia percaya lama-kelamaan ia akan menjadi satu perkara yang boleh dilakukan untuk menggunakan sepenuhnya kuasa sintesis daripada sumber yang boleh diperbaharui.

Dalam masa dua tahun, syarikat ini berharap dapat membina sebuah kilang atau loji berskala komersial yang berkemampuan untuk menghasilkan 1 tan petrol sehari dan berkembang dalam menghasilkan bahan api hijau untuk membuat perjalanan syarikat penerbangan lebih mesra alam.

Teknologi yang digunakan melibatkan udara yang digaul dengan natrium hidroksida, dan kemudiannya menjalankan proses elektrolisis pada natrium karbonat yang dihasilkan untuk menghasilkan karbon dioksida tulen.

Ia kemudiannya akan bertindak balas dengan hidrogen yang dielektrolisis dari air untuk membuat campuran hidrokarbon, dengan keadaan tindak balas yang berbeza-beza bergantung kepada jenis bahan api yang dikehendaki.

Bahan api yang dihasilkan boleh dibuat untuk digunakan dalam mana-mana tangki petrol dengan penambahan bahan yang sama digunakan pada bahan api fosil.


Video:

p/s: Harap-harap harga petrol ni lebih murah daripada harga petrol fosil dan tiada alasan lagi untuk kenaikan harga petrol =D

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...