Jom Singgah Sini =)

Thursday, 4 October 2012

[Gambar]: Peninggalan Permaisuri Mayan Ditemui Di Guatemala *0*

Kaum Mayan yang pernah menetap di kawasan sekitar Guatemala pada suatu ketika dahulu  mungkin terkenal dengan peradabannya yang maju dari segi pembinaan bangunan dan astronomi..Walaubagaimana pun, selepas berabad-abad lama nya, kaum Mayan yang menetap di sana dikatakan hilang tanpa dapat dikesan sehingga munculnya penemuan mayat Permaisuri Mayan oleh ahli arkeologi baru-baru ini..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh baca kat bawah ni..


BANDAR RAYA GUATEMALA - Sekumpulan ahli arkeologi Amerika Syarikat (AS) dan Guatemala menemui sebuah makam permaisuri Maya yang mengandungi harta karun. 

Menurut seorang ahli arkeologi AS, David Freidel, makam itu ditemui di hutan Peten yang merupakan salah satu penemuan terpenting berkaitan dengan tamadun Maya. 

Hutan itu terletak 600 kilometer ke utara bandar raya ini. Hadiah-hadiah seperti pasu seramik abad ke-7 dan ke-8 termasuk batu jed, kulit kerang dan pisau yang diperbuat daripada batu turut ditemui di dalam makam tersebut. 

Makam tersebut ditemui pada Jun lalu tetapi pendedahan tentang penemuan itu dibuat kelmarin. Sebuah pasu yang terdapat dalam makam itu tertera nama Permaisuri Kalomt'e K'abel yang merupakan isteri Raja Wak K'inich Bahlam II. 

Ujian asid deoksiribonukleik akan dilakukan ke atas satu rangka manusia yang ditemui di dalam makam itu.- Agensi





p/s: Mungkin misteri kehilangan kaum Mayan dapat dirungkaikan dengan bantuan penemuan ini..

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...