Jom Singgah Sini =)

Sunday 9 September 2012

[Video]: Tidak Tahan Dimarah & Dimalukan, Pelajar Perempuan Tendang Kemaluan Guru *0*

Siapa yang tahan sekiranya dimarah dan dimalukan di hadapan khalayak umum secara melampau, tambah-tambah lagi dimarah oleh seorang guru lelaki yang agresif di hadapan rakan-rakan yang lain..Mungkin disebabkan kejadian ini, seorang guru lelaki terpaksa menahan senak akibat ditendang oleh pelajar perempuan yang dimarahinya pada bahagian kemaluan..Kalau nak tahu cerita dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..


Seorang pelajar perempuan yang tidak mampu menahan diri selepas dibuli oleh seorang guru lelaki di hadapan pelajar kelas yang lain telah bertindak dengan menendang guru tersebut di bahagian kemaluan.

Insiden yang menggelikan hati ini sempat dirakam oleh salah seorang pelajar di dalam kelas tersebut melalui sebuah telefon bimbit sewaktu proses pembelajaran bahasa Inggeris di sebuah sekolah yang tidak dinyatakan lokasinya di Rusia.

Pelajar malang berambut panjang berwarna perang tersebut telah didenda di hadapan kelas di mana dia telah dimarahi dan dimalukan oleh guru tersebut.

Dia kelihatan menundukkan kepalanya ke bawah dan menghadapi 'seksaan' tersebut. Namun, tindakan pelajar perempuan tersebut telah memberi kejutan kepada gurunya serta pelajar-pelajar lain di dalam kelas itu sebelum bertindak melarikan diri keluar daripada kelas.

 
 
Video:



p/s: Budak-budak sekarang, cikgu marah sikit habis diterajangnya..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...