Jom Singgah Sini =)

Monday 17 September 2012

[Video]: Bapa Paksa Anak Berumur 4 Tahun Lari Bogel Dalam Salji..

Tindakan seorang bapa di China yang dituduh mendera anaknya dengan memaksa anaknya yang berusia 4 tahun itu berlari dalam keadaan bogel dalam keadaan bersalji mendakwa berbuat demikian hanya untuk melatih ketahanan diri anak nya itu..Bagi pandangan pihak lain, tindakannya itu kelihatan seperti satu kes penderaan kanak-kanak..Kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha video kat bawah ni..


"Anak ini telah mendapat pelbagai jenis latihan semenjak dia masih kecil lagi." kata bapa kepada kanak-kanak tersebut, He Liesheng dalam satu temuramah dengan AFP.

"Semasa dia berusia setahun, dia telah bermula dengan berenang di dalam air yang mempunyai suhu 21 darjah Celcius.

"Walau apa pun yang dikatakan oleh bapanya, ini jelas dengan apa yang kita ketahui sebagai penderaan kanak-kanak," ujar Jannah Bailey, Pengarah Eksekutif Perlindungan Kanak-Kanak, sebuah pertubuhan yang diasaskan di Alabama bertujuan untuk memberi sokongan kepada kanak-kanak yang didera.

"Kanak-kanak (budak lelaki dalam video) berkenaan jelas kelihatan tidak menikmati latihan yang dikatakan dan ia bukan satu hukuman yang sesuai untuk kanak-kanak yang berusia 4 tahun." ujarnya lagi.


Video:

p/s: Macam ni punya bapa pun ada ka? =,='

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...