Produk terbaru ini 18 peratus lebih tipis dan 20 peratus ringan berbanding iPhone 4S.
Apple berkata iPhone 5 akan berada di pasaran mulai 21 September ini. Apple mendakwa telefon pintar terbaru ini sebagai yang paling tipis dalam dunia buat masa sekarang.
Naib Presiden (Pasaran Sedunia) Apple, Phil Schiller berkata, ia mempunyai skrin yang lebar iaitu paparannya sehingga empat inci berbanding 3.5 inci sebelum ini, dan beratnya pula 112 gram iaitu 20 peratus lebih ringan berbanding iPhone 4S.
Ia membawa kamera 8 mega pixel dan resolusinya 1136 x 640. Lebarnya 2.4 inci manakala tingginya 4.9 inci dan setebal 7.6mm.
Selain itu menurut Schiller, iPhone menggunakan pemproses A6 yang lebih baik, memiliki kuasa memproses dua kali lebih pantas berbanding komponen sebelum ini dan disertakan penghubung 4G LTE sesuai dengan platform 4G.
"iPhone baru beroperasi menggunakan cip A6, bermakna anda boleh mengendalikan foto, muzik dan pelbagai aplikasi dengan cepat," katanya lagi.
Apple juga dilaporkan telah memperbaiki jangka hayat bateri dan menyediakan ciri-ciri kamera yang lebih baik.
Ia juga dikatakan mempunyai tiga mikrofon. Produk terbaru ini boleh diperoleh dalam warna putih dan hitam.
Pratempahan bagi iPhone 5 akan bermula Jumaat ini.
Di Amerika Syarikat (AS), iPhone dijual pada harga AS$199, AS$299 dan AS$399 masing-masing bagi model 16GB, 32GM dan 64GB.
Sejak iPhone pertama diperkenalkan pada 2007, Apple telah menjual 244 juta unit. Jualan iPhone dan produk-produk berkaitan membawa pulangan 46 peratus kepada Apple pada suku pertama tahun ini.
Penganalisis meramalkan bahawa Apple boleh menjual sehingga 10 juta iPhone dalam tempoh 10 hari pertama.
[ Kenyataan Media Apple Mengenai iPhone 5 ]
Pengguna di AS, Australia, Kanada, Perancis, Jerman, Hong Kong, Jepun, Singapura dan United Kingdom boleh memilikinya mulai 21 September ini.
Pasarannya akan diperluaskan ke 22 negara mulai 28 September ini termasuk Austria, Belgium, Republik Czech, Denmark, Estonia, Finland, Hungary, Ireland, Itali, Liechtenstein, Lithuania, Luxembourg, Belanda, New Zealand, Norway, Poland, Portugal, Slovakia, Slovenia, Sepanyol, Sweden dan Switzerland.
Apple memperkenalkan iPhone 5 semalam.
Berikut beberapa spesifikasi iPhone 5 :
- Lima baris aplikasi di layar
- Seluruhnya terbuat dari kaca dan aluminium dengan desain warna hitam dan putih yang indah,
- Ketebalan 7,6 mm, 18% lebih tipis dari 4S.
- Screen size : 4 inch display
- Resolusi : 1136 x 640, 19:6 aspek rasio
- Tampilan baru memiliki saturasi warna 44% lebih dari layar 4S. Hal ini merupakan tampilan yang paling akurat dalam industri.
- Sensor sentuh telah terintegrasi ke dalam layar itu sendiri, daripada lapisan di atas
- Ultrafast nirkabel
- Networking : 2G, 3G, 4G LTE dengan chip tunggal, radio tunggal, antena dinamis yang dapat beralih di antara jaringan. LTE bisa lebih cepat dari wifi tercepat di rumah. 802.11n 5 Ghz dibangun untuk wifi, hingga 150 mbps kecepatan
- CPU : Dual-core Apple A6, 2x lebih cepat, dan 22% lebih kecil
- Sistem Operasi : iOS 6
- Loading aplikasi musik 2x lebih cepat dengan chip baru
- Kamera : 8 megapiksel dengan resolusi 2.364 × 2448
- Satu mic di bagian depan, satu di bagian bawah, satu di belakang.
- Speaker di dalam lebih kecil 20%.
- Bateri : Tahan hingga 225 jam, 10 jam wifi, 8 jam untuk LTE browsing
Harga iPhone 5:
iPhone 5 akan dijual dengan harga $199 untuk 16GB, $299 untuk 32GB dan $399 untuk 64GB. Untuk pemasarannya akan dimulai pada 21 September di Amerika Syarikat, Britain, Kanada, Jerman, Jepun, Hong Kong dan Singapura. Sedangkan untuk Malaysia dan 100 negara lainnya termasuk Indonesia serta 240 operator akan dilakukan akhir tahun ini.Jadi untuk para peminat iPhone 5 khususnya di Indonesia dan Malaysia, anda harus bersabar untuk menanti kehadirannya.
Video:
Sumber: SedakaSejahtera
p/s: Harga kat Malaysia konpom-konpom dalam RM2000++ punya..Huhuhuhu =,='
No comments:
Post a Comment