Jom Singgah Sini =)

Tuesday 18 September 2012

[Hebat]: Rupa Rumah Pereka iPhone =D

Bagi mereka yang menggemari gajet-gajet elektronik rekaan Apple, mungkin tidak berapa mengenali siapa sebenarnya pereka iPhone ni..Dengan hasil jualan produk Apple yang semakin meningkat dari sehari ke sehari, tidak hairan lah jika pereka bentuk gajet untuk Apple mampu mempunyai kehidupan yang serba mewah..Kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..


Jonathan Ive, Naib Presiden Apple Inc. yang merupakan orang penting dalam menghasilkan reka bentuk perindustrian yang dikreditkan untuk produk Apple seperti iPod, iPhone dan produk-produk dari syarikat lain, baru-baru ini dilaporkan telah membeli sebuah rumah agam yang hebat di San Francisco.

Ive dilaporkan telah membeli rumah agam tersebut pada harga US$17 juta . Rumah yang dibina pada tahun 1927 telah dijaga dengan baik dan telah dibina dengan menggunakan batu-bata pada permukaan hadapan rumah serta terletak di salah satu kawasan yang paling eksklusif di bandar ini.

Rumah yang mempunyai keluasan 675 meter persegi (7274 kaki persegi) mempunyai 6 bilik tidur, 8 bilik mandi, 6 tempat pendiangan, perpustakaan yang berdinding kayu oak, taman di halaman rumah dan menawarkan pemandangan di San Francisco Bay yang menakjubkan.


p/s: Ada duit dan pangkat, macam-macam boleh beli =D


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...