Jom Singgah Sini =)

Monday 3 September 2012

[Gambar]: Restoran Pertama McDonalds =D

Bagi penggemar makanan segera McDonalds, sejarah mengenai bagaimana tertubuhnya restoran makanan segera yang terkenal di dunia ini mungkin tidak ramai yang mengetahuinya..Jadi, bagi korang yang berminat nak tahu tu, meh usha gambar-gambar kat bawah ni..


Sejarah penubuhan restoran McDonalds ini bermula pada tahun 1940 apabila restoran kepada Maurice dan Richard ("Mac" dan "Dick") berpindah dari Monrovia ke San Bernardino (California). Di tapak baru restoran tersebut, nama restoran telah diubah kepada "Famous BBQ McDonalds."

Restoran yang baru ditubuhkan tersebut menawarkan lebih kurang 40 jenis hidangan yang dimasak secara barbeku. Selepas beberapa lama, dua adik-beradik ini menyedari bahawa hampir kesemua keuntungan yang mereka perolehi datang daripada penjualan burger.

Selepas itu, mereka mula meringkaskan menu dan menumpukan pada penjualan burger, burger keju, kentang goreng, susu kocak, minuman ringan dan pie epal. Kemudian, selepas meringkaskan menu, mereka mula mendapat idea untuk menukar nama restoran mereka kepada "McDonalds" pada tahun 1948. Maka, bermula lah episod permulaan perniagaan berasaskan makanan segera McDonalds ini.


p/s: Kini, kat mana-mana ceruk pun ada restoran McDonalds..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...