Jom Singgah Sini =)

Thursday, 6 September 2012

[Gambar]: Lombong Belerang Di Indonesia *0*

Belerang atau lebih dikenali sebagai Sulphur ini mudah didapati di kawasan-kawasan gunung berapi..Dengan sifatnya yang berbahaya dan beracun itu, ia bukan lah satu proses yang mudah untuk mengeluarkannya malah memerlukan alat perlindungan yang mencukupi bagi mengelakkan pelombong daripada menghidu asap bertoksik nya itu..Lombong sulphur ini banyak terdapat di negara Indonesia dan salah satu lombong terbesarnya terletak di Kawah Ijen..Jadi, kalau nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..


Kawah Ijen merupakan sebuah gunung berapi yang sarat dengan hasil bumi seperti Sulphur (belerang). Ia terletak di Jawa Timur, Indonesia atau dengan lebih tepat lagi, gunung berapi ini terletak di dalam kawasan Taman Negara Alas Purwo, Banyuwangi, Jawa Timur. Ketinggian gunung Ijen ini adalah sekitar 2,433 meter dari paras laut. 

Para pelombong di Kawah Ijen ini perlu membuat perjalanan ke bahagian kawah gunung, dan kemudian turun 200 meter ke pesisir tasik yang dipenuhi air asid sulfurik di mana para pelombong ini akan turun mendapatkan ketulan berat Sulphur tulen yang akan dibawa naik ke stesen timbangan berat.

Danau kawah tersebut dikatakan terbentuk dari letusan gunung berapi Ijen yang beberapa kali berlaku pada tahun 1796, 1817, 1913, dan 1936.


Bagi korang yang ingin melancong dan merasai sendiri pengalaman berada di Kawah Ijen, boleh la dapatkan informasi kat sini - Wego

p/s: Air asid sulfurik yang terdapat di dalam kawah asid berkenaan sangat berbahaya kerana mampu melarutkan apa sahaja benda yang jatuh kedalamnya dalam waktu yang singkat. 





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...