Jom Singgah Sini =)

Wednesday 12 September 2012

[Gambar]: Kerusi Bayang-Bayang =D

Bagi kerusi biasa yang sering digunakan, ia memerlukan 4 batang kaki kerusi bagi menyokong berat badan mereka yang duduk di atas kerusi tersebut..Namun, bagi kerusi yang direka oleh Duffy London, ia hanya memerlukan 2 batang kaki kerusi sahaja bagi menyokong berat badan seseorang itu yang duduk di atas kerusi..Apa yang menghairankan, kenapa kerusi ini dinamakan sebagai Kerusi Bayang-Bayang? Kalau nak tahu sebabnya, meh usha kat bawah ni..


Duffy London merupakan pakar dalam menghasilkan beberapa jenis perabot asli seperti yang pernah kami tunjukkan dahulu iaitu Swing Table dan Woodsman Axe Coffee Table. Kerusi Bayang-Bayang ini pada awalnya kelihatan seperti sebuah kerusi yang menentang hukum graviti iaitu mampu berdiri tegak dengan hanya menggunakan 2 batang kaki kerusi di bahagian hadapan. 

Setelah diteliti, anda akan menyedari bahawa bayang-bayang yang terletak di bahagian bawah kerusi tersebut merupakan sebahagian daripada kerusi itu sendiri. Kerusi ini boleh didapati dalam pelbagai gaya dan warna.


Bagi korang yang berminat nak beli, boleh singgah kat sini nanti - Duffy London

p/s: Aku baru ingat kerusi ni boleh berdiri guna 2 kaki ja, rupa nya ada ilusi di sebalik bayang-bayang..Hehehehe..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...