Jom Singgah Sini =)

Friday, 10 August 2012

[Gila]: Bunuh Anak Kerana Enggan Senyum *0*

Semakin hari semakin banyak kes-kes jenayah yang dilaporkan di seluruh negara..Tidak cukup dengan jenayah yang dilakukan dalam kalangan masyarakat sekeliling, jenayah yang dilaporkan juga sering terjadi dalam hubungan kekeluargaan..Halnya tidak sebesar mana namun bapa kepada seorang anak tergamak membunuh anaknya sendiri..Nak tahu sebab apa, meh baca kat bawah ni..


New Zealand : Hanya kerana anaknya enggan senyum padanya, seorang bapa bertindak kejam dengan membunuh budak perempuan berusia dua tahun itu tanpa belas ihsan. 

Kefu Ikamanu telah melempar anaknya, Seini ke dinding sebelum memijak budak malang itu. 

Dia bagaimanapun tidak mengaku salah di Mahkamah Tinggi New Zealand atas tuduhan membunuh Seini dengan mematahkan bahunya serta menyebabkan kecederaan otak. 

Budak itu meninggal dunia selepas lapan bulan berada dalam keadaan kritikal. 

Seini menerima layanan kejam itu pada bulan Mac 2010, iaitu 21 hari sebelum dia menyambut hari jadi yang ketiga.

Pendakwaraya, Phil Hamlin ketika membentangkan kes berkata, Kefu bertindak demikian kerana marah dengan anaknya yang disifatkan berperangai tidak elok. 

“Dia berfikir anaknya itu tidak pernah senyum padanya, sekali gus menyebabkan dia marah,’ kata Hamlin.

Mahkamah turut dimaklumkan Seini sebelum ini dijaga oleh neneknya di Tonga dan hanya berpindah untuk tinggal bersama keluarganya, baru-baru ini. 

Keadaan itu, kata Hamil menyebabkan hubungan antara Kefu dan anaknya itu renggang. 

Hamil berkata, ketika Seini dibawa ke Hospital Starship sejurus mendapat kecederaan parah itu, dia dikesan mengalami pendarahan dalam otak. 

Manakala tulang punggungnya pula patah, seolah-olah dilanggar oleh sebuah motosikal.

“Kecederaan itu amat parah hinggakan doktor tidak dapat menyelamatkannya walaupun mereka telah mencuba sebaik mungkin,’’ kata Hamil. 

Perbicaraan kes itu disambung.

Sumber: MyNewsHub

p/s: Macam ni punya gila pun ada ka..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...