Jom Singgah Sini =)

Tuesday 28 August 2012

[Gempak] The Ontama: Membantu Anda Menjawab Telefon Ketika Mandi =D

Bagi individu yang mementingkan hal kerja, kini korang tak perlu lagi risau ketika mendengar bunyi deringan telefon sewaktu sedang mandi..Hal ini kerana, terdapat sejenis alat yang boleh membantu korang menjawab telefon sekiranya menerima panggilan dari tempat kerja sewaktu korang sedang mandi..Nak tahu apa jenis alat tu, meh usha kat bawah ni..


The Ontama atau dikenali sebagai 'telur di tempat mandi' merupakan alat yang membolehkan anda menjawab panggilan telefon walaupun ketika mandi. Ianya khusus untuk pengguna iPhone dan mereka yang mementingkan soal kerja.

Pada dasarnya, alat ini kosong di bahagian tengah, mempunyai pelindung berbentuk telur yang kalis air dan apa yang anda perlu lakukan hanya lah pasang telefon anda pada audio jack yang berukuran standard 3.5 milimeter di dalam alat tersebut.

Dengan hanya berharga US$20, anda tidak perlu risau lagi sekkiranya terlepas panggilan telefon yang penting daripada pejabat ketika anda sedang mandi.

Walaubagaimana pun, alat ini tidak menyediakan kemudahan untuk menghantar mesej.




p/s: Comel pulak aku tengok benda alah ni =D



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...