Jom Singgah Sini =)

Sunday, 5 August 2012

[Gambar]: 'Flying Fox' Terpanjang Di Britain =D

Pernah tak korang layan 'flying fox' sebelum ni? Seronok kan? Mungkin ada sesetengah orang yang terasa singkat bila naik 'flying fox' ni sebab jarak nya dari hujung ke hujung yang terhad..Haa, kalau rasa teringin nak layan 'flying fox' ni puas-puas, apa kata korang ke Britain..Nak tahu sebab apa, meh baca cerita kat bawah ni..


Di Kota Cornwall, Britain yang terkenal dengan pemandangannya yang cantik, kini telah dipersiapkan dengan tarikan pelancongan yang baru. Di kota ini, anda akan dapat menikmati aktiviti flying fox terpanjang di Britain.


Kota Cornwall lazimnya lebih dikenali sebagai destinasi untuk pencinta alam sesuai dengan iklimnya yang lembab dan panorama hijaunya yang cantik. Namun, dengan aktiviti terbaru ini, para pelancong dapat menikmati pemandangan alam sekeliling dengan lebih baik lagi. 


Meliputi kawasan seluas 35 ekar dan panjang kabel flying fox sebanyak 740 meter, aktiviti yang dibuka di kawasan perkarangan The Eden Project ini akan membawa anda melihat pemandangan desa hijau Kota Cornwall yang indah. 


"Aktiviti ini diharapkan dapat menjadi sumber tarikan baru bagi para pelancong yang datang ke Kota Cornwall," ucap Gaynor Coley, Ketua Pengarah Eksekutif The Eden Project. 


Taman Hijau The Eden Project ini telah dibuka pada 2001 dan sejak itu ia telah menarik lebih dari sejuta pengunjung. Taman hijau ini menampilkan 100,000 jenis tanaman dari seluruh dunia yang diletakkan di dalam kubah lutsinar raksasa, menjadikannya salah satu rumah kaca terbesar di dunia. 


p/s: Macam menarik je =D


* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...