Jom Singgah Sini =)

Thursday, 9 August 2012

[Aneh]: Siput Babi Dijadikan Sumber Perubatan, Mampu Melambatkan Proses Penuaan

Bagi sesetengah orang, siput babi mungkin merupakan sejenis binatang berlendir dan menggelikan..Namun di sesetengah tempat, mereka memanfaatkan binatang berlendir tersebut untuk tujuan perubatan..Nak tahu apa khasiat yang ada dalam siput babi ni, meh baca kat bawah ni..


Di dalam siput babi Bulgaria, terdapat sejenis bakteria yang memberi manfaat kepada manusia dan menurut pakar, segala jenis bahan kosmetik yang menggunakan bakteria dari haiwan ini mampu menghalang proses penuaan dan membantu dalam menghilangkan kesan parut. 

Menurut saintis juga, bakteria yang terdapat di dalam siput babi Bulgaria ini juga mampu menjadi penawar kepada kanser kulit. Sesetengah pelabur Jepun juga dikatakan telah bersedia untuk melabur jutaan ringgit dalam sektor ini terutamanya untuk membayar kepada petani Bulgaria semata-mata bagi membantu mendapatkan siput babi ini. 

Masyarakat Jepun juga mempunyai minat yang mendalam terhadap teknik perubatan ini yang sebelum nya pernah diperkenalkan di negara-negara seperti Perancis, Itali dan Sepanyol.


p/s: Kalau kat Malaysia, siput-siput jadi mangsa kena pijak ja..Huhuhu..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...