Jom Singgah Sini =)

Thursday, 16 August 2012

[18SX]: Pekerja KFC Diberhentikan Selepas Gambar Mandi Berbikini Dalam Sinki Restoran Tersebar

Mungkin ada benar nya kata sesetengah orang, sekiranya kita hendak bekerja, bekerja la dengan bersungguh-sungguh, malah sekiranya hendak bermain, bermain lah dengan bersungguh-sungguh, usah bermain ketika bekerja..Akibatnya, 3 orang pekerja di sebuah restoran makanan segera KFC terpaksa menanggung padah apabila mereka telah diberhentikan tugas dengan serta-merta apabila gambar mereka mandi berbikini di sinki restoran tersebut tersebar di Internet..Nak tahu cerita lanjut, meh usha kat bawah ni..


California - 2 orang pekerja rangkaian makanan segera KFC di Anderson, California telah diberhentikan daripada tugas selepas didapati bersalah mandi di dalam sinki membasuh pinggan di restoran tersebut manakala seorang lagi meletak jawatan berhubung perkara tersebut.

Salah seorang daripada pekerja tersebut dikatakan telah memuat naik gambar-gambar mereka mandi dengan pakaian dalam itu di dalam laman web sosial, MySpace.com, lapor KCRA-TV.

Gambar-gambar tersebut telah diletakkan di dalam fail yang dinamakan "KFC Moments". Menurut pengurus restoran KFC terbabit, salah seorang pekerja yang diberhentikan itu pernah berhasrat untuk memuat naik gambar tersebut di Internet, namun dia menyuruh untuk tidak berbuat demikian.

Gambar-gambar tersebut bukan sahaja mengejutkan pengurus restoran malah para pegawai  Jabatan Alam Sekitar dan Kesihatan di Shasta County.

"Ianya tidak patut dilakukan, tambah-tambah lagi mengikut undang-undang", kata Pengarah Jabatan Alam Sekitar dan Kesihatan, Fern Hastings. "Ada beberapa seksyen di dalam undang-undang yang tidak membenarkan mereka berbuat demikian."

Menurut Hastings lagi, mereka tidak tahu sama ada sinki tersebut telah dinyahkuman selepas mereka mandi di dalam sinki tersebut. Walaubagaimana pun, sinki tersebut telah pun dinyahkuman dengan menggunakan bahan pencuci yang dibenarkan sewaktu siasatan dijalankan.


p/s: Uweeekkkkk! Nasib baik kat Malaysia tak ada kes macam ni..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...