Ini mungkin merupakan hari yang malang buat Henri Helminen, seorang remaja berusia 17 tahun apabila iPhone miliknya yang disimpan di dalam poket mula berasap dan terbakar semasa dia dalam perjalanan hendak ke tempat kerja. Sejurus sebelum iPhone milik nya berasap dan terbakar, dia sempat mengeluarkan gadjet tersebut dari poketnya bagi mengelakkan sebarang kecederaan yang lebih serius.
Menurut Henri, iPhone tersebut baru di belinya 3 bulan yang lalu dan ia berfungsi dengan baik. Tiada apa-apa masalah semasa dia menggunakan iPhone terbabit. Insiden terbabit berkemungkinan berlaku disebabkan bateri telefon yang menyebabkan beberapa bahagian menjadi panas dan terbakar. Syarikat Apple masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kejadian tersebut.
Sebuah CCTV berdekatan sempat merakamkan kejadian tersebut.
p/s: Ini mungkin merupakan kes yang terpencil..Walaubagaimana pun, langkah berhati-hati masih perlu diambil..
* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *
No comments:
Post a Comment