Jom Singgah Sini =)

Sunday 15 July 2012

[Kreatif]: Buku Yang Akan Hilang Jika Tidak Dibaca *0*

Mesti korang pelik kan? Macam mana sebuah buku kalau tak dibaca boleh hilang tiba-tiba pulak? Selalunya, buku yang sering dibaca la yang akan hilang kalau pemilik nya letak buku tu merata-rata dan buku yang tidak dibaca akan kekal di tempat ia disimpan..Haa, kalau nak tahu macam mana buku tu boleh hilang, meh usha kat bawah ni..


Ia nya merupakan satu realiti dimana bila kita membeli buku, jarang kita membacanya dan akhirnya ia akan diliputi dengan habuk. Bagi mengatasi masalah ini, sebuah syarikat penerbit buku dari Argentina, Eterna Cadencia telah bekerjasama dengan sebuah agensi iklan yang dinamakan DRAFTFCB Buenos Aires untuk merangka satu cara bagi menggalakkan pembaca membaca buku.

Dengan ini, timbul idea untuk menggunakan dakwat khas yang boleh hilang selepas 2 bulan. Kehadiran cahaya dan udara dikatakan menjadi faktor untuk dakwat ini hilang. Dalam tempoh masa 2 bulan, keseluruhan dakwat akan hilang dan buku akan menjadi umpama kertas kosong. Apa yang menghairankan, idea yang dikemukakan ini mendapat reaksi positif daripada orang ramai dan mula memberi kesan kepada pembaca untuk mula membaca buku pada saat ia dibeli.


Video:

p/s: Rugi sapa yang tak baca buku tu..Hehehehe =D


* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

1 comment:

Unknown said...

ohh..bagus pulak mcm ni.kt malaysia xde ke bang?budaya membaca mmg baguih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...