Jom Singgah Sini =)

Sunday 22 July 2012

[Gambar]: Festival Cahaya Di Niagara Falls =D

Bagi korang yang gemar melancong ke serata dunia, Niagara Falls mungkin akan menjadi destinasi pelancongan yang menarik untuk korang kunjungi..Haa, kalau nak tahu kenapa, meh usha gambar kat bawah ni..


Bermulanya awal bulan November hingga ke minggu pertama Januari nanti, akan berlangsungnya minggu cahaya di Niagara Falls yang dikenali sebagai Niagara Falls Winter Festival of Lights.

Dalam tempoh 2 bulan ini, kawasan yang dikenali sebagai Taman Niagara ini akan diterangi dengan hampir 3 juta lampu dan lebih 100 petunjukkan lampu (lighting display) termasuk dengan pertunjukkan bunga api di sepanjang air terjun berkenaan. Hiasan lampu-lampu tersebut dikatakan sepanjang 6 kilometer yang meliputi sepanjang Kepulauan Dufferin sehingga lah ke Niagara Parkway.

Walaupun Niagara Falls diterangi pada setiap tahun, namun pada Festival Musim Sejuk ini, ia akan disediakan dengan cermin mata khas. Pada musim bunga dan musim panas, lampu yang mempunyai pelbagai warna ini hanya akan dipasang untuk 3 jam sahaja. Tetapi, dengan jumlah waktu siang yang kurang pada musim sejuk, lampu-lampu ini akan dipasang selama lebih daripada 7 jam setiap malam.

Orang ramai boleh berkumpul di sepanjang kaki lima dan di tebing-tebing susur Niagara Parkway untuk menyaksikan persembahan seperti kabus yang 'berwarna' kesan daripada gabungan tempias air terjun yang jatuh dan lampu-lampu berwarna tersebut. 

Pertunjukkan lampu (lighting display) akan dimulakan dengan pertunjukkan bertema patriotik seperti warna merah, biru dan putih di bahagian America Falls dan warna merah dan putih di bahagian Canada Falls yang berbentuk ladam.

Cahaya-cahaya lampu ini dipancarkan daripada tebing air terjun dengan menggunakan sebanyak 21 spotlights yang setiap satunya berdiameter 30-inci yang diletakkan di atas sebuah kubu batu yang terletak di seberang jalan. 


p/s: Air terjun tu nampak macam langsir je..Memang cantik =D


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...