Jom Singgah Sini =)

Monday 11 June 2012

Zoo Gaza: Haiwan Mati "Dimumiakan" *0*

Jikalau di negara kita, zoo amat sinonim sebagai tempat untuk melihat dan menonton haiwan liar secara dekat dan sudah tentu, yang masih hidup..Namun, di Gaza, Palestin, para penduduk di sana hanya mampu menonton haiwan-haiwan yang telah "dimumiakan"..Hal ini kerana kebanyakkan haiwan tersebut mati akibat pencerobohan tentera Israel di kawasan tersebut..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh baca kat bawah ni..


Lalat telah pun menghurungi beberapa jenis haiwan yang telah "dimumiakan" setakat ini. Kawasan zoo tersebut merupakan salah satu kawasan yang terselamat daripada dijadikan kawasan petempatan haram orang Yahudi setelah pembongkaran untuk melaksanakan projek tersebut terbongkar pada tahun 2005. 

Haiwan yang "dimumiakan" juga kelihatan seperti tidak sempurna dengan keadaan singa yang terlampau kurus, kotor, hapak dan berkurap serta beberapa ekor monyet yang kehilangan anggota badan dan landak yang mempunyai beberapa lubang di kepala.

Zoo tersebut merupakan salah satu daripada beberapa tempat hiburan yang terletak di bandar Khan Younis, iaitu bandar yang mempunyai kira-kira 200,000 orang di hujung selatan Semenanjung Gaza. 

Pemilik zoo berkenaan, Mohammed Awaida berkata, "Idea untuk memumiakan haiwan di sini bermula selepas peperangan di Gaza kerana beberapa jenis haiwan seperti singa, harimau, monyet dan buaya banyak yang mati. Jadi, kami mula bertanya dan belajar daripada laman web untuk bermula".

Pada tahun 2009, zoo ini terpaksa mempamerkan keldai putih yang dicat dengan jalur hitam agar kelihatan seperti seekor kuda belang kerana ia terlalu mahal untuk menggantikan 2 ekor kuda belang yang telah diabaikan semasa serangan Israel.



p/s: Naya binatang kat zoo ni, tak pasal-pasal jadi mangsa serangan puak Zionis tu jugak =,='



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...