Jom Singgah Sini =)

Thursday, 14 June 2012

Pelindung Vespa Yang Unik =D

Bagi pemilik-pemilik vespa, ini mungkin merupakan aksesori yang paling menarik untuk korang pasang pada vespa korang..Walaupun nampak ganjil, tapi bila dah digunakan secara menyeluruh, nampak comel pulak..Nak tahu apa kelebihan pelindung Vespa tersebut, meh usha kat bawah ni..


Pelindung vespa yang direka oleh Marc Graells ini diberi nama Protect 486 Scooter Armor. Ia merupakan pelindung anti-kecurian yang dilengkapi dengan sistem penggera (alarm), disamping dapat melindungi vespa anda daripada dibasahi air hujan dan kepanasan sinaran matahari yang melampau. 

Rekaan ini telah di inspirasikan daripada mekanisme pelindung semulajadi oleh seekor binatang yang dikenali sebagai Armadillo. Ia juga memberi pelindungan seperti sebuah garaj mudah alih kepada vespa anda.


p/s: Dijamin ke keselamatan sistem ni kat Malaysia..Hehehehe =D


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...