Jom Singgah Sini =)

Saturday 9 June 2012

The Flashbang: Bra Paling Bahaya Untuk Lelaki =D

Di Amerika, sebuah idea yang kreatif telah pun muncul, iaitu rekaan bra untuk para wanita yang dilengkapi dengan sarung senjata api..Rekaan ini khusus bagi para wanita dalam menjaga keselamatan mereka daripada bahaya, terutamanya bahaya daripada kaum lelaki..Nak tahu cerita lanjut pasal bra ni, meh usha kat bawah..



Sebuah bra yang dilengkapi dengan tempat untuk meletakkan senjata akan dijual kepada umum di Amerika Syarikat (AS). Hasil inovasi sebuah perusahaan kelengkapan senjata, dijangka akan membantu wanita dalam menjaga diri mereka. 


Seperti dilapor oleh news.com.au, Rabu (6/6/2012), bra yang diberi nama 'The Flashbang' ini memang direka khusus bagi keperluan wanita di zaman yang penuh dengan cabaran dan kekerasan ini. Bra ini dilengkapi dengan sebuah sarung pistol yang diperbuat daripada termoplastik dan mampu digunakan untuk menyimpan salah satu senjata tangan, yang kini boleh didapati dalam bermacam jenis di pasaran.


Perusahaan bernama Looper Law Enforcement yang bermarkas di Oklahoma ini, memang khusus dalam memproduksi perlengkapan-perlengkapan senjata rahsia. Idea mencipta bra ini datang dari si pemilik perusahan, Lisa Looper, yang memfokuskan pada perlengkapan membela diri bagi wanita. 


"Saya sebenarnya tidak pernah berniat untuk mencipta sebuah sarung senjata api di dalam bra, itu perkara yang tidak pernah difikirkan oleh saya. Saya hanya melakukan ini untuk diri saya, tetapi ketika saya berbincang dan bertemu dengan wanita-wanita lain, mereka berkata 'Ya Tuhan, ini sangat hebat, saya juga memiliki masalah yang sama' terang Looper kepada ABC. 


Ibu dua anak ini membuat penilaian bahawa bra menjadi tempat yang paling ideal untuk menyembunyikan senjata. Dengan bra khusus ini, seorang wanita hanya perlu menarik senjata dari sarungnya dan hal ini boleh dilakukan dalam waktu yang sangat singkat. Menurut Looper, hanya memerlukan masa sekitar 1.5 saat untuk menarik senjata dari dalam sarungnya. 


"Anda boleh menghubungi 911 jika berada dalam kesulitan, anda tahu bahawa anda harus menjaga diri anda sendiri," ucap Looper. 


Bra ini akan dijual secara online dengan harga US$ 40 setiap satu atau sekitar Rp 378 ribu. Sebagai produk fashion, bra ini akan disediakan dalam pelbagai ukuran dan warna, seperti pink dan juga hitam. Sebuah akaun di laman web eBay telah pun memaparkan gambar bra ini lengkap dengan spesifikasinya. 


"Statistik menunjukkan bahawa tembakan berlangsung sekitar 2.5 saat, bahkan ada penjenayah yang mampu menyerang lebih cepat, dan pertempuran akan terjadi dalam jarak yang sangat dekat, biasanya dalam jarak yang mampu dijangkau oleh tangan. Anda perlu memiliki kemampuan untuk menarik senjata dan menembakkannya secepat mungkin tanpa disedari oleh penjenayah hingga akhirnya mereka terkena tembakan anda," demikian bunyi iklan dalam akun eBay tersebut.




p/s: Bagus jugak..Tapi undang-undang di Malaysia tak mengalakkan penggunaan senjata api secara umum..Ganti letak pepper spray pun boleh jugak apa =D


* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...