Laluan untuk hidupan liar, jambatan hijau dan ecoducts ini semuanya merujuk kepada sebuah struktur yang dibina di atas jalan untuk membolehkan hidupan liar menyeberang dengan selamat ke sisi jalan yang lain.
Kebanyakkan struktur jambatan ini adalah antara 10 m (30 kaki) dan 60 m (180 kaki) lebar. Ia biasanya mempunyai tanah, dan tumbuh-tumbuhan yang disediakan bagi memberi kesan habitat yang sesuai untuk pelbagai spesies yang berbeza dan kumpulan spesies.
Selalunya, struktur jambatan yang besar adalah untuk haiwan mamalia yang lebih besar daripada kumpulan spesies herbivor seperti rusa, moose dan elk sehinggalah ke kumpulan spesies karnivor seperti beruang grizzly, serigala, beruang hitam, dan Canada lynx.
Berikut merupakan beberapa gambar jambatan hidupan liar yang cantik dan menarik di dunia:-
Jambatan haiwan liar di Taman Negara Banff, Alberta, Kanada
Ecoduct di Netherlands
Ecoduct de Woeste Hoeve yang melintasi lebuhraya A50 di Netherlands
Ecoduct di lebuhraya A1, Veluwe, Netherlands.
Jambatan di Grevesmühlen, Germany
Ecoduct di Montana, USA
Ecoduct di Perancis
Lokasi tak diketahui
Ecoduct di Keechelus Lake, Washington, USA
Lokasi tak diketahui.
Ecoduct yang terletak di Kurabi berdekatan Hutan Karawatha, Queensland, Australia.
Ecoduct The Borkeld, Netherlands.
Ecoduct di Boeblingen, Germany.
Ecoduct untuk ketam melintas di Christmas Island National Park, Australia.
p/s: Haiwan pun reti pakai jejantas nak melintas jalan =D
Minuman bir mungkin merupakan minuman yang khusus untuk manusia..Namun tidak lagi kerana sekarang ni anjing pun boleh minum bir jugak dan bir ini dibuat khusus untuk anjing sahaja..Nak tahu? Meh usha kat bawah ni..
Bowser Beer merupakan brew mikro yang dibuat khas dan dibotolkan hanya untuk anjing. Syarikat yang berpengkalan di Minnesota dengan nama 3 Busy Dog ini telah di dirikan oleh Jenny Brown yang mereka brew yang tidak memabukkan ini pada tahun 2007.
Bir ini adalah selamat untuk anjing kerana ia tidak mempunyai sebarang kandungan alkohol, karbonasi dan bahan lain yang memudaratkan. Anjing anda boleh menikmati bir ini dengan 2 jenis perasa daging, iaitu: Cock-a-Doodle-Brew (perasa ayam) dan Beefy Brown Ale (perasa daging lembu).
p/s: Jangan tuan anjing tumpang minum sekali sudah =,='
Kehebatan industri pemalsuan di China memang tidak dapat disangkal lagi..Setelah hampir kesemua produk terkemuka di dunia di-ciplak kan, kini giliran jenama automotif terkenal dunia, Lamborghini pula untuk di palsukan..Nak tahu cerita lanjut, meh usha kat bawah ni..
Bagi mereka terutamanya golongan muda yang berhasrat ingin memiliki sebuah kenderaan berjenama Lamborghini, kini tidak perlu risau lagi. Terima kasih kepada sebuah pengeluar kenderaan yang telah pun membina replika Lamborghini yang 99% hampir sama dengan yang asli. Selalunya, bagi membeli sebuah Lamborghini yang original, anda perlu membawa keluar duit sebanyak US$400,000, namun dengan kenderaan yang diperbuat daripada China ini, anda hanya perlu membayar sebanyak US$65,000 sahaja.
Walaupun bahagian luar kenderaan Lamborghini mempunyai kesamaan hampir 99%, namun untuk bahagian dalaman, ia 70% ciplak. Replika Lamborghini ini dinamakan sebagai Shanzai Lamborghini di China. Pengeluar kenderaan ini mempunyai bengkel mereka sendiri yang khusus untuk membina kenderaan seumpama ini dan diedarkan ke seluruh Asia. Tempoh untuk mendapat tempahan kenderaan adalah selama 5 bulan dan perlu membayar deposit sebanyak 210,000 yuan.
Spesifikasi kenderaan:
- Menggunakan enjin 2.2 liter Toyota 5s dan 2.0 t 3S, mampu memecut dari 0 - 100km/j dalam masa 9 saat, 175 kuasa kuda, bunyi 90% sama dengan Lamborghini asli, badan saiz 1:1, hiasan dalaman seperti Lamborgini namun papan pemuka (dash board) bukan asli.
- Sukar untuk medapatkan nombor pendaftaran, tempoh tempahan selama 5 bulan dan perlu membayar deposit 50% dari harga penuh kereta iaitu 210,000 yuan.
- Mmepunyai power window, power wings, sistem GPS, kemera sokongan, kerusi kulit asli dan hiasan dalaman bercirikan kulit asli.
- Hiasan dalaman kereta boleh dilakukan mengikut permintaan pelanggan tapi mustahil untuk sama 100% seperti yang asli.
- Warna kereta dan warna bahagian dalaman mengikut citarasa pelanggan.
- Pelindung enjin tidak lutsinar (original punya nampak enjin), rim kereta pun ciplak, nak rim original kena tambah 50,000 yuan sebagai bayaran tambahan.
- Bumper kereta mengikut stail keluaran 2007.
- Kunci kereta original kena tambah lagi 9,000 yuan sebagai bayaran tambahan.
- Tahap keselamatan kereta sama dengan tahap keselamatan kenderaan berjenama Toyota.
- Meletakkan ciri tambahan seperti keluli tahan karat, paip besi dan plat besi di bahagian pintu tempat duduk penumpang dan pemandu.
- Meletakkan tali pinggang keledar jenis racing.
- Kenderaan ini lebih khusus untuk pameran sahaja.
- Simbol jenama Lamborghini, kaca, gril alur, lampu hadapan, dan aksesori tambahan adalah yang original daripada kilang. Untuk mendapatkan lampu jenis LED terbaru dibahagian lampu belakang, perlu membayar lagi 10,000 yuan sebagai kos tambahan.
- Steering jenis racing dengan logo asli Lamborghini.
- Kesemua butang kawalan dalaman kereta ada lah asli.
Video:
p/s: Ada yang berminat nak sambar satu? "Made In China" =D
Bagi korang yang gemar menyimpan atau mengumpul pisau untuk kegunaan sendiri, pisau ini mungkin menjadi pisau pilihan korang..Dengan saiz yang kecil umpama kad kredit, nak simpan dalam dompet pun boleh, tambah-tambah untuk tujuan keselamatan..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..
Pisau lipat ala Jame Bond ini di namakan sebagai CardSharp 2 dan telah direka oleh Iain Sinclair.Ia mempunyai badan ber-polipropelina (engsel hidup yang dijamin guarantee seumur hidup) dan kunci keselamatan yang unik (tidak boleh di buka di dalam saku dan anti kanak-kanak).
Apabila dibuka, ia seolah-olah seperti melipat kertas origami dengan badan pisau yang kecil dan lebih ringan berbanding pisau biasa. Ia mempunyai bilah pisau tahan karat yang sering digunakan dalam bilik pembedahan dan memastikan ketajaman pisau tersebut tahan lebih lama. Pisau ini sesuai untuk semua aktiviti perkhemahan dan ekspedisi.
Ciri-ciri CardSharp 2:
LIGHTWEIGHT - 13 grams (regular Stanley® type utility knife weighs around 150 grams, Leatherman® same sized blade knife weighs around 85 grams, smallest Victorinox® Swiss Army penknife weighs around 23 grams).
ULTRA THIN - 2.2 mm thick (traditional Stanley® utility knife body thickness is around 25 mm).
RAZOR SHARP - Surgical blade technology with extra long 65mm cutting edge ensures longer lasting sharpness (Stanley® utility knife blade edge is only 25mm long). Blade made from high quality rust free stainless steel. Independent testing laboratory; CATRA awarded Cardsharp penknife; VERY GOOD status for sharpness (ICP mm) and life (TCC mm). Blade color choice: Teflon Black or Natural Brushed Stainless Steel.
SAFETY - Blade edge is protected when stored in wallet, drawer, or kit bag which avoids accidents and blunting (blunting often caused by rubbing against other knives or tools). Integral blade sheath cannot be lost. Protective hilt appears when opened. When docked in closed position, design prevents injury. Cannot fold accidentally (as some folding pocket knives). Blade is locked solidly in open, cutting mode with no blade tremor allowing accurate precision cutting.
WATERPROOF - Machine washable with no hinged parts to rust up like ordinary folding pocket knives.
ECO FRIENDLY - Lightness and flatness reduces storage and shipping costs including carbon footprint. Simple two part construction with automated assembly saves manufacturing waste.
PERMUTABILITY - Highly suitable for customization by pad printing or invisible label (printed 1-4 color lithographic) and/or custom laser engraving blade - please email us if you have a promotion inquiry).
PACKAGING - Various options available including slimline card eco-pack for gift/mail order and harder sell retail design with
euro hook
LEGAL - Blade is under 3” (76 mm) and is visible when closed so easily identifiable as a knife (optional clear body versions show blade from both sides - P.O.A). Note: legal restrictions vary internationally.
Video:
Bagi korang yang terasa nak beli, boleh order kat sini .
Impak terhadap alam sekitar daripada bahan binaan seperti konkrit pernah dibahaskan..Tetapi, bagi menjamin keupayaan dalam menghasilkan struktur yang mampu berdiri untuk tempoh yang lama, konkrit akan kekal sebagai bahan utama untuk sebarang jenis pembinaan..
Walaubagaimana pun, ia tidak menghentikan usaha seorang pembina di pantai timur Bolovia Uyuni Salt Flats dari terus mencuba menggunakan bahan binaan baru yang boleh diperoleh dengan banyak nya iaitu garam..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh baca kat bawah ni..
Sebuah pasukan di sini telah pun mengoperasikan Palacio de Sal - hotel dengan 16 bilik yang diperbuat daripada garam. Untuk membina hotel ini, sebanyak satu juta blok garam telah digunakan termasuk lantai, dinding, siling, katil, meja dan kerusi. Selain daripada ruang tempat tinggal (bilik hotel), hotel ini juga mempunyai kawasan riadah, spa, kemudahan tempat makan, dan padang golf.
Hotel baru Palacio de Sal ini merupakan hotel yang kedua dibina menggunakan garam setelah hotel pertama nya yang dibina pada tahun 90-an dirobohkan akibat sistem pengurusan alam sekitar yang lemah.
Hotel yang baru ini, walaubagaimana pun, termasuk dengan pengurusan sisa pepejal yang lebih baik dan mematuhi peraturan alam sekitar yang ketat. Pihak hotel ini juga melarang penyewa daripada menjilat dinding hotel dan kadar sewa untuk satu malam juga berpatutan iaitu US$100 untuk satu malam penginapan.
Lonesome George, seekor kura-kura bersaiz gergasi dari Pulau Pinta dan terakhir dalam spesiesnya telah ditemui mati di Taman Negara Galapagos yang terletak di Kepulauan Galapagos, Santa Cruz..Haiwan tersebut pertama kali ditemui di Pulau Pinta pada bulan Disember 1972..Haiwan berkenaan telah dinamakan bersempena memberi penghormatan kepada pelakon Amerika Syarikat, George Gobel..
Haiwan ini juga pernah ditempatkan di beberapa tempat lain sebelum diletakkan di bawah penjagaan Stesen Penyelidikan Charles Darwin di Kepulauan Galapagos.
Selama beberapa dekad ini, pelbagai jenis kura-kura dari Galapagos telah disediakan untuk Lonesome George mengawan tetapi gagal dalam menjaga kemandirian spesies kura-kura tersebut. Pernah sekali, seekor kura-kura berjaya bertelur namun semua nya sia-sia kerana telur tersebut didapati tidak subur.
Lonesome George dikatakan mempunyai berat sebanyak 88 kilogram dan panjang sehingga 180 sentimeter. Walaupun umur kura-kura tersebut dikatakan mencapai 100 tahun, ia tidak lah terlalu tua kerana kura-kura tersebut mampu mencapai had umur sehingga 200 tahun.
Kematian kura-kura tersebut mungkin disebabkan oleh sakit jantung yang kerap dan proses bedah siasat akan dijalankan bagi mencari punca sebenar.
Kura-kura bersaiz gergasi ini dianggarkan mampu mencecah berat sehingga 400 kilogram dan mempunyai panjang sehingga 1.8 meter. Spesies seperti Lonesome George ini dikatakan telah pupus di Kepualauan Galapagos lebih kurang 150 tahun yang lalu. Hal ini kerana kegiatan para nelayan yang sering menangkap haiwan ini untuk dijadikan makanan. Nelayan juga menggelarkan haiwan ini sebagai "tin hidup" kerana mampu bertahan dalam suatu tempoh yang sangat lama tanpa makanan dan minuman.
Bagi mereka yang sering ke luar negara menaiki kapal terbang, ini mungkin berita baik untuk korang..Sebuah jet supersonik yang berkebolehan mengatasi kelajuan pesawat Concorde yang terdahulu akan dibina dengan kerjasama Boeing, Gulfstream dan Nasa..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh baca kat bawah ni..
Ilustrasi penulis mengenai jet penumpang supersonik yang akan bergerak pada kelajuan 2,500 mph.
Pesawat ini akan dibina dengan menggunakan bahan komposit yang lebih ringan, enjin yang lebih maju dan fiuslaj yang lebih kecil yang membolehkan ia mampu bergerak 2 kali lebih pantas daripada Concorde, yang hanya boleh bergerak selaju 1,358mph sahaja, menurut Sunday Times.
Penumpang yang menaiki pesawat ini akan merasai perjalanan yang bergerak selaju lebih daripada 2,485mph, di mana membolehkan mereka merasai perjalanan mewah dari London ke Sydney yang terletak 12,000 batu jauh nya.
Pada masa ini, jet subsonik eksekutif yang terpantas, iaitu jet terbaru daripada Gulfstream, G650 hanya mampu terbang pada jarak 7,000 batu pada 646mph dan mempunyai kelajuan tertinggi hanya 704mph.
Pesawat supersonik dengan 12 tempat duduk ini dijangka akan dijual dengan harga US$80 juta setiap satu dan ia sedang dalam proses pemasaran kepada pembeli di seluruh Eropah dan Timur Tengah di bawah slogan "Pergi ke Amerika dan pulang semula pada hari yang sama (pada waktu kerja)"
Cabaran jet ini bukan sahaja kepada masalah teknikal nya, malah para pembina perlu menyakinkan kepada ahli-ahli politik bahawa jet supersonik ini boleh digunakan oleh orang ramai.
Walaubagaimana pun, masalah bunyi supersonik yang membingitkan ini juga akan diselesaikan dengan secepat mungkin. Pada bulan Januari yang lepas, pihak NASA telah mengeluarkan imej hasil ujian di terowong angin yang mencadangkan bunyi letupan supersonik hampir boleh dikurangkan dengan menggunakan sayap yang super-nipis dan enjin yang tersembunyi.
Ledakan kuat bunyi letupan supersonik ini telah memaksa pesawat Concorde untuk mengambil laluan jauh daripada daratan dan ia telah merosakkan peluang komersil. Pesawat ini terbang untuk kali yang terakhir pada November 2003.
Pesawat Concorde yang telah pun ditamatkan perkhidmatannya.
p/s: Nak pusing satu dunia pun tak ada hal rasa nya =D
Lazimnya, aktiviti berkhatan atau bersunat sering dilakukan kepada golongan lelaki semasa mereka masih kanak-kanak..Namun, di Zimbabwe, atas kempen kesedaran mencegah HIV dan AIDS, 44 ahli parlimen yang kita tahu dah tua-tua semuanya terlibat dalam aktiviti bersunat tersebut..Meh baca kat bawah ni..
HARARE: Seramai 44 orang ahli parlimen Zimbabwe mengambil bahagian dalam majlis bersunat secara beramai-ramai semalam sebagai sebahagian daripada kempen kesedaran HIV/AIDS.
Dalam satu perpaduan politik yang jarang berlaku, ahli parlimen daripada parti ZANU-PF pimpinan Presiden Robert Mugabe dan ahli parti pembangkang MDC berbual-bual ketika mereka beratur di luar sebuah klinik sementara yang didirikan di luar bangunan parlimen.
Pengerusi Ahli Parlimen menentang Aids, Blessing Chebundo memberitahu tindakan itu dibuat bagi menggalakkan rakyat untuk turut bersunat. Chebundo merupakan individu pertama menjalani prosedur yang mengambil masa selama sepuluh minit itu.
Pengarah Unit Aids dan TB, Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Kanak-Kanak Zimbawe, Dr. Owen Mugurungi memuji semua ahli parlimen yang terlibat.
Penyelidikan UNAids dan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menyatakan bersunat boleh mengurangkan risiko penyebaran HIV dan Aids sehingga 60 peratus.
Lebih sejuta penduduk Zimbabwe dikatakan HIV positif dengan sekitar 500,000 orang menerima rawatan anti-retroviral.
Sumber: IdahSalam
p/s: Entah macam mana punya liat la nak 'potong' tu..Hahahaha =D
Aku tak tahu la pulak ada orang jenis gila macam ni..Sanggup potong, masak dan hidangkan masakan exotik berasaskan kemaluan nya sendiri kepada 5 pelanggan "bertuah" pada harga US$250 untuk seorang..Kalau ikut, dia dah untung US$1,250..Apa-apa hal, jom tengok kat bawah ni..
JIJIK, tanpa pegangan agama, manusia akan jadi begitu menjijikkan. Seorang artis di Jepun menjual kemaluannya sendiri untuk dihidangkan kepada sesiapa yang sanggup membayar wang sejumlah US$250 sepinggan.
Tambah menghairankan, enam orang pelanggan sanggup membayarnya untuk menikmati sajian makan malam yang eksotik dan menjijikkan itu.
Artis lelaki berusia 22 tahun, Mao Sugiyama hidup sebagai seorang manusia aseksual. Dia inginkan kehidupan tanpa dikekang jantina semulajadinya.
Beberapa hari selepas harijadinya yang ke 22, dia telah membuat satu pembedahan membuang organ jantina dan segera menawarkannya kepada sesiapa yang berminat untuk memakannya.
Di halaman Twitter dia menulis:
"[Tolong retweet] Saya menawarkan kemaluan lelaki saya (lengkap, zakar, testis, kerandut)sebagai makanan dengan harga 100,000 yen. Akan dihidang dan dimasak mengikut kehendak pembeli, di lokasi yang telah dipilih"
Pada 13 April lalu, lima daripada enam pelanggan yang telah mendaftar untuk memakan
kemaluan Sugiyama hadir di majlis makan malam yang diadakan di salah sebuah restauran di Tokyo.
Tiada tindakan yang boleh diambil oleh pihak berkuasa terhadap perbuatan menjual dan
memakan kemaluan seperti ini di Jepun kerana undang-undang negara itu tidak menghalang "Canibalisme".