Tapi, mengikut pandangan aku, media kita ni memang berat sebelah, tak ada satu pun footage yang menggambarkan pendemo dipukul beramai-ramai oleh pihak polis..Semua cakap polis ikut SOP dan peraturan ketika menjalankan tugas..Kalau betul, it's ok, tak jadi masalah..
Masalahnya, ada segelintir daripada anggota polis yang melanggar prosedur kerja mereka semata-mata nak 'membantai' peserta secara sesuka hati..Kalau tak percaya boleh tengok pengakuan diorang kat bawah..
Kita mohon agar PDRM tidak bersikap bias dan memilih bulu dalam menjalankan keadilan. Komen di atas dikeluarkan oleh seorang anggota polis. Rakan2 dia printscreen sebab apa tue tak pasti. Tapi mungkin kerana dia seperti mendabik dada dan berbangga atas keganasan yang dia lakukan terhadap pendemo bersih.
Setelah membawa komen di atas neh, aku percaya tindakan keras dan ganas pihak polis terhadap pendemo bersih sebenarnya adalah sesuatu yang boleh di elakkan dari awal. Kita tak berapa pasti apa yang dia maksudkan dengan ;
BERSIH 3.0: Pengakuan Anggota Polis -
1: ada lah 5,6 orang pecah kepala..pakai t baton je tibai diorang..
2: Ocpd dang wangi arahkan selesai kan semua.
Jadi kita minta dan berharap sangat2 agar PDRM melakukan siasatan secara terperinci dan adil. Itu sahaja.
Sumber: AmenoWorld
Aku rasa, bagi berlaku adil kepada semua, pihak polis pun kena lah melakukan siasatan ke atas beberapa anggota nya juga tanpa kompromi bagi menjaga profesionalisme anggota polis..Jangan buat siasatan ke atas satu pihak sahaja..
p/s: Monolog dalaman seorang aku =D
* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *
No comments:
Post a Comment