Jom Singgah Sini =)

Tuesday, 1 May 2012

INSANO: Waterslide Paling Tinggi Di Dunia *0*

Pernah tak korang rasa bila naik bangunan tinggi korang rasa macam nak lompat ke bawah? Kalau ada perasaan macam tu, baik jaga-jaga, itu bunuh diri nama nya..Tapi, kalau gamak korang nak rasa pengalaman dan sensasi lompat daripada bangunan tinggi, aku cadangkan korang pergi kat sini..

Tempat yang aku maksudkan tu adalah di sebuah taman tema air di Bandar Fortaleza, Brazil..Di sana telah disediakan sebuah waterslide setinggi bangunan 14 tingkat untuk korang rasai pengalaman terjun daripada tempat tinggi..Waterslide ini telah dibina pada tahun 1989 dan mempunyai ketinggian setinggi 41 meter dan ia masih memegang gelaran sebagai waterslide yang tertinggi di dunia..

Apa yang membuatkan Insano terkenal adalah kerana papan luncurnya yang menegak tanpa belokan sama sekali..Oleh kerana itulah ia diberikan nama "Insano" yang bermaksud "gila"..

Di sini, masa yang diambil untuk melakukan satu luncuran hanya mengambil masa selama 4-5 saat sahaja dengan kelajuan setinggi 105 km/jam iaitu kelajuan yang sama dengan sebuah kereta Ferrari..

Bagi mereka yang mengalami kecacatan, wanita hamil serta kanak-kanak yang tinggi kurang daripada 1.4 meter adalah tidak digalakkan untuk mencuba waterslide ini..




p/s: Perghhh! Luruh jantung naik menatang ni =,='



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...