Jom Singgah Sini =)

Wednesday, 23 May 2012

[Gempak]: Lelaki Ni Buat Duit Palsu Hanya Menggunakan Pena Dan Dakwat *0*

Bagi penjenayah yang profesional, duit palsu sering dicetak dengan menggunakan alat-alat yang berteknologi tinggi bagi menyamakan nya dengan duit yang asli..Namun, pada sekitar abad ke-19, terdapat seorang lelaki yang hanya menggunakan pena dan dakwat untuk mencetak duit palsu..Kalau nak tahu siapa lelaki, meh baca kat bawah ni..



Sejak abad ke 19 orang sudah pandai membuat wang kertas palsu dengan mesin cetak kecil, tapi Emanuel Ninger lebih suka membuatnya hanya dengan pena dan dakwat. Hasilnya memang cuma satu sampai dua lembar seminggu, tetapi kualitinya istimewa. Imigran dari Jerman ke Amerika Syarikat ini bertahan hidup selama 15 tahun dengan menggunakan keahliannnya itu.


 Emanuel Ninger tinggal bersama isteri dan anaknya di pedesaan New Jersey. Ia dan isterinya tiba di Amerika pada tahun 1882 dari Jerman dan tinggal di Hoboken, New Jersey. Dia bekerja sebagai pelukis tanda (sign painter) dan kemudian membeli sebuah peternakan di Westfield, New Jersey. Dia mengatakan kepada tetangganya bahawa ia menerima pencen dari tentara Prusia. Pada tanggal 12 Oktober 1892 ia pindah ke Flagtown, New Jersey.


 Setiap bulan ia memalsukan wang kertas dollar Amerika pecahan $50 setidaknya satu atau paling sebanyak enam lembar, seluruhnya ia kerjakan dengan mata dan menggunakan pena, pensil, serta berus dengan dakwat berwarna. Ninger melukis wang palsunya pada kertas Bond yang dibelinya dari Crane & Company, di Dalton, Massachusetts. Kemudian kertas-kertas tersebut ia potong sesuai ukuran yang sama dengan pecahan $ 50 dan $ 100 Amerika Syarikat, kemudian potongan kertas itu direndam dalam larutan kopi , dan selanjutnya ditempatkan diatas wang kertas asli untuk menciplak gambar yang dihasilkan.

Gambar wang yang asli:


Gambar wang yang dibuat oleh Ninger:



Setelah wang palsu karyanya itu jadi dia akan membawanya ke New York. Biasanya wang tersebut ia gunakan untuk membeli minuman keras atau membelanjakannya di salon. Selama lima belas tahun ia berhasil lolos dengan itu.


 Wang palsu hasil ciptaan Emanuel Ninger ini mampu membuat dia bertahan hidup kerana kalau diukur present value of money berdasarkan nilai wang sekarang adalah di sekitar $ 2000 atau $ 4000 dolar di hari ini.


 Seperti kata pepatah, sepandai-pandainya tupai melompat pasti akan jatuh juga. Ia ditangkap oleh Agen Rahsia Negara Amerika Syarikat pada tahun 1896 atas laporan seorang bartender yang menyedari bahawa dakwat untuk pewarnaan wang itu tidak asli, kerana Ninger dengan tidak sengaja meletakan wang tersebut pada genangan kecil air di mejanya sehingga dakwat-nya luntur.


 Pada awalnya orang agen rahsia tidak percaya Ninger adalah pemalsu, kerana profilnya sebagai seorang petani tidak sesuai dengan profil pemalsu. Bahkan setelah dia mengaku, mereka terus menolak untuk percaya.



Akhirnya Ninger di tahan enam bulan, dan membayar ganti rugi sebesar $ 1. Bahkan Rumornya bahawa wang $ 1 yang dipakai untuk membayar denda tersebut adalah salah satu karyanya sendiri.


 Ninger menjadi selebriti kecil untuk waktu.Surat kahbar sesekali menulis tentang "pena dan pemalsu tinta" mereka menjuluki Emanuel Ninger sebagai "Jim Penman itu" seperti karakter yang dimainkan di Broadway. Bahkan Bartender memberi bingkai pada bill tagihan Ninger dan menggantungnya pada dinding Bar mereka.


 Setelah menjalani hukumannya Ninger dikhabarkan menghilang dan diperkirakan tidak lagi “berkarya”, akan tetapi diakui bahwa komunit seni menginginkan dia untuk bertahan dan berharap lebih banyak wang palsu hasil karya nya untuk ditemukan Tapi hal tersebut Tidak pernah ada.


Sumber: RilekSantai

p/s: Bila bakat disalah guna =,='


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...