Jom Singgah Sini =)

Saturday, 12 May 2012

[Gambar]: Budak Umur 8 Tahun Pandu BMW Rempuh Rumah Jiran *0*

Ini la masalahnya kalau hati tu lagi besar daripada badan, habis semua benda pun nak di cubanya..Kan bagus kalau umur 8 tahun tu bawak basikal ja, ini jiwa besar ragam nak bawak kereta..Last-last sekali, jadi masalah besar pulak..Kalau nak tahu cerita lanjut, meh baca kat bawah ni..



BOSTON, Amerika Syarikat - Seorang budak lelaki berusia lapan tahun merempuh anjung rumah jiran semasa dia mengundurkan kereta BMW milik ibunya. 


Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 8.30 pagi waktu tempatan, wanita berkenaan berkata, dia meminta anaknya menghidupkan enjin terlebih dulu sebelum menunggunya memasuki kereta. 


Budak itu kemudian mengundurkan kereta tersebut sehingga ia melanggar anjung rumah jiran mereka pada kelajuan 48 kilometer sejam. 


Pihak berkuasa menyatakan, kerosakan pada rumah berkenaan mencecah AS$80,000 (RM245,639) manakala kos membaiki kereta BMW itu pula berjumlah $20,000 (RM61,390). 


Menurut pasukan bomba, budak lelaki tersebut bernasib baik kerana hanya cedera ringan dalam insiden itu. - Agensi





Sumber: MalaysiaSensasi.Net

p/s: Berani sungguh budak-budak zaman sekarang, semua benda nak try =,='




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...