Jom Singgah Sini =)

Thursday 10 May 2012

[Awas]: Pemain Tegar Game Online Selama 10 Tahun Meninggal Dunia Di Hospital *0*

Bagi sesetengah orang, bermain permainan video tu mungkin merupakan satu bentuk riadah yang berbaur keseronokkan selain dapat mengasah minda melalui cabaran-cabaran yang telah disediakan di dalam permainan tersebut..Kalau bermain sekali-sekala, tak apa, tapi kalau dah 10 tahun punya fokus asyik main game ja sampai terabai kesihatan, macam mana pulak? Kalau nak tahu, meh baca kat bawah ni..


Seorang lelaki yang berusia 31 tahun, Wang Gang yang berasal dari China maut setelah menghabiskan masa selama 10 tahun bermain permainan video online.

Berdasarkan laporan online, pakar daripada hospital berkenaan memberitahu kepada ayah Wang Gang bahawa keadaan beliau sangat teruk dan mungkin tidak dapat diselamatkan lagi. 

Semasa 7 hari-hari terakhir, Wang Gang hanya boleh berbaring kerana mempunyai masalah di bahagian dadanya. Akibat masalah kerosakkan paru-paru yang dialaminya semasa berjaga melebihi waktu tatkala bermain permainan video, di terpaksa disokong dengan alat bantuan pernafasan untuk bernafas.

Wang Gang juga dilaporkan hanya memakan makanan yang berbentuk cecair kerana tidak berdaya untuk mengunyah makanan pepejal. Dia juga dikatakan mempunyai kesukaran untuk meminum air.

Dia juga hanya meninggalkan 2 kad bank dan lebih 20 akaun dalam permainan video online iaitu "Dungeon and Fighter" selepas meninggal dunia.

Ibu kepada Wang Gang juga dilaporkan jatuh sakit kerana terlalu stress ketika menjaga anak nya itu sepanjang hari.




p/s: Tak pasal-pasal menyusahkan mak bapak bila dah sakit macam tu =,='



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...