Sebagai ibubapa, anda harus mendisiplinkan atau mengubah perangai anak-anak anda kepada yang lebih baik..Untuk itu, amat penting untuk anda kenali perilaku anak-anak anda dan cara untuk mengatasinya..
1. Merungut atau MarahSekiranya ada masalah, anak-anak lazimnya akan cenderung untuk merungut atau marah-marah. Ini adalah cara anak-anak mengungkapkan perasaannya terhadap orang lain.
Cara mengatasi: Jika anak anda sering merungut, sebaiknya anda jangan berdiam diri sahaja. Cubalah untuk mengajaknya berbincang, hiburkan hati si dia dan cari apa masalahnya yang menjadi penyebabnya. Begitu juga jika anak anda suka marah-marah, sebaiknya ajak dia berbincang dengan baik. Jika sudah keterlaluan, tidak menjadi satu kesalahan untuk anda memberinya hukuman supaya ada kesan yang ketara. Tapi gunalah hukuman yang ringan saja. Misalnya jika si anak marah dan melemparkan semua barang permainannya, anda boleh menghukumnya untuk mengemas kembali mainan yang dilemparnya tadi.
2. Memukul.
Perilaku ini biasanya berlaku kepada anak terhadap rakan-rakan atau adik-beradiknya sewaktu mereka bertengkar. Bagi sesetengah ibubapa, ini adalah hal yang normal, tetapi jika dibiarkan begitu saja, hal seperti itu boleh menjadi tabiat buruk untuknya. Segera bertindak untuk melakukan pencegahan.
Cara mengatasi: Ajarkan kepada anak-anak anda bahawa memukul atau melakukan tindakan kasar merupakan sikap buruk yang dapat memberi kesan buruk kepada orang lain. Anda juga kalau boleh jangan sesekali memukul mereka kerana ini boleh menjadi contoh yang buruk. Komunikasi masih boleh digunakan, jadi jangan gunakan kekerasan.
3. Menggunakan kata-kata kasar.
Ini adalah hal yang sering terjadi pada anak-anak. Hal ini biasanya disebabkan oleh faktor umur dan bahan tontonan di televisyen. Anak-anak akan mudah terpengaruh dan mula untuk meniru.
Cara mengatasi: Ketika anak-anak menggunakan kata-kata kasar di hadapan anda, lebih baik, secara langsung atau terus memberitahunya bahawa kata-kata tersebut tidak boleh digunakan. Ajar dan beri contoh yang baik untuk anak anda. Jangan sekali-kali anda menggunakan kata-kata kasar dihadapan mereka, kerana mereka akan cuba untuk menirunya.
4. Berbohong.
Anak anda berpura-pura bermain sepanjang waktu padahal apa yang mereka lakukan bukan sekadar bermain, tapi mungkin melakukan sesuatu yang anda larang. Sikap berbohong kecilan ini akan berlanjutan menjadi sikap berbohong besar suatu saat nanti jika tiada tindakan segera diambil oleh anda.
Cara mengatasi: Ajar anak anda untuk selalu bersikap jujur. Katakan padanya, berbohong itu bukan satu perkara yang baik. Katakan padanya berbohong itu sama saja seperti berbuat jahat. Terus ajarkan anak anda bahawa berbohong bukan perkara yang baik untuk dilakukan.
5. Mencuri.
Mungkin anak anda tidak bermaksud mencuri tapi lebih kepada meminjam tanpa izin. Hal ini sering berlaku pada anak-anak sewaktu mereka sedang bermain dengan rakan-rakan mereka. Mereka mengaku hanya meminjam sesuatu permainan namun, si punya permainan tidak tahu yang anak anda mengambil tanpa meminta terlebih dahulu. Jika hal ini dibiarkan, lambat-laun anak anda mungkin akan terbiasa dengan aktiviti mencuri.
Cara mengatasinya: Perhatikan perkembangan anak secara berterusan. Jika anda mengetahui anak anda membawa pulang atau mengambil barang yang bukan miliknya, cuba nasihati dan minta dia untuk mengembalikan barang tersebut kepada tuan asal nya.
p/s: Perilaku anak-anak semasa kecil akan mempengaruhi perilakunya saat dewasa kelak.. Jika korang inginkan mempunyai anak yang baik, didik anak-anak korang dengan baik sejak dari kecil lagi =D
* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *
No comments:
Post a Comment