1. Tanda Tanya
Pada awalnya, dalam bahasa latin, untuk memulakan pertanyaan, seseorang harus menulis perkataan "Questio" di akhir ayat untuk menandakan bahawa ayat tersebut adalah ayat tanya. Bagi menjimatkan ruang, ayat tersebut akhirnya disingkatkan menjadi "qo", yang kemudian dikecilkan lagi menjadi huruf "q" kecil di atas huruf "o", yang akhirnya makin lama telah menjadi titik dan garis seperti cacing, sama seperti tanda tanya yang kita guna pakai sekarang.2. Tanda Seru
Seperti tanda tanya, awalnya ia juga bermula dengan menyingkatkan ayat. Tanda ini berasal daripada ayat dalam bahasa Latin "io" yang membawa maksud "seruan kegembiraan". Pada waktu tersebut, huruf "i" ditulis di atas huruf "o", dan lama kelamaan, ia disingkatkan seperti tanda seru yang kita ada sekarang ini.
3. Tanda Sama Dengan
Tanda baca ini telah ditemui oleh seorang ahli matematik Inggeris, Robert Recorde pada 1557, dengan petikan ayat seperti ini (dalam bahasa Inggeris kuno) "I will settle as I doe often in woorke use, a paire of paralleles, or Gmowe [i.e., twin] lines of one length, thus : , bicause noe 2 thynges, can be more equalle." atau dalam terjemahannya: "Aku akan menggunakan tanda ini seperti lazimnya, sepasang garis yang sejajar, atau kembar dengan panjang yang sama, kerana tidak ada dua perkara lagi yang boleh lebih sama dengan dua garis sejajar ini." Tanda sama dengan asli penemuan Robert adalah 5 kali lebih panjang daripada yang kita kenal sekarang.
4. Ampersand
Simbol ini adalah bentuk spiral dari "et" yang di dalam bahasa Latin membawa maksud "Dan." Tanda ini ditemui oleh Marcus Tullius Tiro, seorang penulis dari abad pertama di Rom. Nama Ampersand diberikan setelah 17 abad kemudian. Pada awal 1800-an, murid sekolah mempelajari simbol ini sebagai huruf ke 27 setelah huruf Z, tetapi masih tanpa mana. Jadi di awal 1800-an, mereka belajar ABC dengan "and per se, and" yang berarti "&" dan kemudian kerana sebutannya dipercepatkan, akhirnya ia dibaca sebagai "ampersand".
5. Octothorp
Nama aneh untuk tanda baca ini datang daripada ayat "Thorpe", iaitu ayat dalam bahasa Normandia Kuno untuk kampung atau tanah pertanian yang sering ditemui dalam bahasa Inggeris untuk nama tempat. Awalnya, ia digunakan untuk membuat peta, yang bererti desa yang muncul di sekeliling tanah pertanian. Kerana tanah (octa) dan pertanian (thorpe), maka muncul lah nama ini, Octothorp.
6. Tanda Dollar
Pemerintah Amerika Baru telah menerbitkan wang mereka sendiri pada tahun 1794, dan pada waktu itu, mereka masih menggunakan mata wang dunia lama - "peso" - atau Dollar Sepanyol. Syiling 1 Dollar Amerika pertama kelihatan sama seperti wang Peso Sepanyol, baik pada berat mahupun nilainya. Jadi, mereka mengambil tanda singkatan yang sama: Ps. Semakin lama perkembangannya, huruf "P" ditulis bertindih dengan huruf "S", dan kemudiannya, lingkaran di atas huruf "P" tadi dibuang, jadi hanya huruf "S" yang ditindih dengan garis vertikal.
p/s: Tak sangka, benda yang kita nampak simple ni pun ada sejarah nya =D
* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *
No comments:
Post a Comment