Jom Singgah Sini =)

Saturday 24 March 2012

Haiwan Yang Mempunyai 3 Kelopak Mata *0*

Kebanyakkan haiwan yang mempunyai 3 kelopak mata ni terdiri daripada jenis haiwan reptilia, burung dan ikan..Kelopak mata ini berbentuk seperti lapisan membran lutsinar yang berfungsi untuk memberi perlindungan tambahan sekiranya berlaku sebarang ancaman terhadap haiwan tersebut dan memudahkan penglihatan sewaktu berenang di dalam air..Untuk pengetahuan korang, lapisan kelopak mata yang pertama dan kedua bergerak secara ke atas dan ke bawah, namun kelopak mata yang ke-3 ini bergerak secara mendatar..Kalau nak tahu apa rupa haiwan berkelopak mata 3 tu, meh usha kat bawah ni..


1. Helang dan burung hantu.

Helang dan burung hantu merupakan sekumpulan haiwan pemangsa. Burung jenis ini menggunakan kelopak mata ketiganya untuk memberi perlindungan semasa bertarung atau pun semasa menyerang mangsanya.



2. Ikan Yu

Ikan pemangsa jenis ini juga mempunyai kelopak mata, namun berbeza dengan haiwan lain dalam kelompok ini, ia bukan lah kelopak mata ketiga. Tetapi modifikasi selaput mata yang digunakan untuk melindungi mata ketika menyerang mangsanya. Hampir kesemua ikan yu mempunyai kelopak mata macam ni..


3. Buaya

Buaya merupakan haiwan reptilia terbesar di dunia dan daripada 23 jenis spesies yang ada, buaya air tawar merupakan spesies yang paling terkenal dan juga terbesar. Buaya menggunakan kelopak mata ketiganya ini hanya untuk menyelam ke dalam sungai. Semasa bertarung, mata buaya mampu masuk ke dalam tengkorak kepalanya dan melindunginya dari sebarang serangan. Sebab tu, kelopak mata ketiga tidak digunakan langsung semasa bertarung.


4. Burung-burung air.

Beberapa burung air juga mempunyai kelopak mata ketiga. Ini memudahkan mereka mencari mangsa di dalam air sperti menangkap ikan misalnya. Contoh burung air yang mempunyai kelopak mata ketiga ialah bangau, angsa, burung undan dan sebagainya.


5. Katak

Semua jenis katak menggunakan kelopak mata ketiganya secara optimum. Katak mempunyai sistem pernafasan kulit yang menjadikan sebahagian besar badannya selalu lembab, lebih-lebih lagi pada bahagian mata. Kelopak mata pada katak amat penting bagi melembapkan matanya. Kelopak mata ketiga pada katak mempunyai 2 jenis, sama ada jenis lutsinar atau pun jenis yang mempunyai corak yang indah.


6. Ayam.

Ayam juga mempunyai kelopak mata ketiga, jadi kalau tak percaya, siapa yang bela ayam tu, boleh la pergi periksa mata ayam anda. 


p/s: Keajaiban dunia haiwan =D


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...