Siapa sangka, dengan kemajuan dunia perubatan kita pada masa sekarang, dah wujud 'pil bercahaya' yang juga dikatakan 'pil cahaya matahari' dalam bentuk kapsul..Yang best tu, siap ada pilihan lagi korang nak pil cahaya matahari dari kawasan mana..Hohohoho..
Tapi, tunggu dulu, kalau korang cari sekarang ni pun, bukannya ada lagi pil ni kat pasaran sebab ia masih lagi satu rekaan konsep..Pil bercahaya ni telah direka oleh Quentin Vaulot dan Goliath Dyèvre dari Perancis..Konsep pil ini juga merupakan sebahagian daripada Pameran Miniflux oleh Galeri Tator untuk Festival Lyon Cahaya 2011..
Kalau nak tahu dengan lebih lanjut pasal pil bercahaya ni, meh baca kat bawah ni =D
Perasaan tidak menentu, kulit yang tidak bermaya, kelihatan kusam, berkecenderungan untuk mengalami kemurungan! Anda jelas dalam kekurangan zat cahaya matahari. Rangkaian tambahan Kelvin Lumen kami akan mengembalikan kecergasan yang anda perlukan. Sunset Laboratories menawarkan anda dengan pelbagai jenis sinaran matahari, Borabora, Maldives, Haiti dan Bahamas, minta pada farmasi berdekatan anda. Baca arahan dengan teliti. Jangan melebihi dos harian yang disyorkan. Cahaya matahari tambahan ini tidak menggantikan pendedahan semulajadi sepenuhnya. Elakkan pengambilan secara berlebihan.
1 comment:
wah.. pil cahaya matahari tu.. mcm2 teknologi skarang nih.. hehehe
Post a Comment