Ini satu berita yang mengejutkan buat aku dan kawan-kawan lain yang sama-sama belajar di bawah naungan UiTM ni..Sebenarnya, cerita pasal politik kotor dalam kawasan universiti ni bukanlah satu perkara baru, cuma tak pernah digembar-gemburkan secara meluas ja sebelum ni..Kalau tak dalam kalangan mahasiswa atau mahasiswi pun, benda ni still jugak boleh berlaku dalam kalangan staf-staf pentadbiran tu sendiri..
Kalau nak di ikutkan, tak salah kalau para mahasiswa atau mahasiswa nak terlibat dalam medan politik, tapi jangan la sampai sanggup jadi pencacai totok ahli-ahli politik ni..Aku cakap ni aku tak sebelahkan mana-mana parti politik taw, jangan nanti ada yang tuduh kata aku sokong certain political group pulak..No! Aku juz neutral je sebab aku rasa aku masih belum sampai lagi tahap nak join berpolitik macam orang lain..Lagi pun masa masih lagi panjang untuk aku fikirkan mana parti yang betul-betul sesuai untuk di undi nanti..Aku tak nak rugikan undi aku untuk benda yang sia-sia..
Okay, cukup setakat tu..Berbalik pada UiTM tadi, kita kena ingat yang universiti adalah tempat untuk kita menuntut ilmu bagi menjamin masa depan yang cerah, bukan sebagai tempat percaturan dan perbalahan pendapat tentang fahaman politik yang berbeza sehingga sanggup mengedarkan gambar lucah yang tak senonoh..Bagi aku la kan, jenis manusia yang buat benda ni adalah dari kalangan mereka yang berotak jumud dan tidak bertamadun..Serius aku cakap ni..Memalukan bangsa ja..
Daripada dengar aku membebel panjang, baik korang baca je artikel kat bawah ni pasal gambar lucah tu..
23 Disember 2011, UiTM Shah Alam - Edaran risalah bergambar lucah yang memaparkan karikatur Anwar dan Saifudin sedang berliwat hangat diperkatakan oleh seluruh warga kampus UiTM Shah Alam. Edaran yang disedari oleh seorang mahasiswa itu segera dilaporkan kepada wakil aktivis siang tadi.
KAMI UiTM percaya bahawa ini adalah kesinambungan kempen puak-puak penentang yang cuba memburukkan nama aktivis mahasiswa dan pemimpin masyarakat yang pro-Mahasiswa tidak kiralah daripada UMNO atau Pakatan.
Semalam, dipercayai kumpulan yang sama mengedarkan risalah berbaur hasutan menghina seorang pemimpin aktivis mahasiswa UiTM. Risalah itu menunjukkan gambar mahasiswa yang difitnah itu seraya menggelarkan mahasiswa tersebut sebagai "penyebar ajaran sesat".
Mangsa, KHALID MOHD ISMATH berkata ketika ditemui, "kita sudah mual dan muak dengan cara taktik lama ni. Sejak 2009, apabila ada sahaja suara yang lantak mengkritik pentadbiran kampus, maka akan wujudlah puak-puak "bawah tanah" ni yang bertindak secara bacul dengan tidak berlawan dengan hujah sebaliknya berlawan dengan gangsterisme dan fitnah. Kita doakan mereka semua diberikan petunjuk dan hidayah."
Dipetik daripada: Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI)
Kepada mahasiswa yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia politik ni, elakkan lah diri daripada terlibat dengan politik kotor macam ni..
p/s: Khalid tu senior aku waktu mengaji kat UiTM Merbok dulu dalam aliran Asasi Undang-Undang..Kesian pulak bila dia yang jadi mangsa keadaan..
* Minat berniaga? Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *
No comments:
Post a Comment