Jom Singgah Sini =)

Saturday 26 November 2011

Persahabatan Selepas Percintaan Itu Mustahil..Betul ke?

Aduhhh..Apa kena la malam ni tiba-tiba aku rasa nak berjiwang-jiwang karat pulak dah..Alamakk, biasa la tu beb, kalau dah nama pun manusia, mana boleh lari daripada naluri nak berperasaan tu, betul tak? Hehehe =D


Sebelum tu aku nak tanya korang sikit terutamanya yang pernah ada pengalaman putus cinta, pernah tak korang rasa persahabatan korang dengan pasangan korang akan dapat diteruskan selepas korang putus cinta? Bagi korang yang masih lagi boleh bersahabat tu baguslah, sila teruskan, tapi bagi korang yang rasa terus dipinggirkan dan putus hubungan terus tu macam mana pulak? Agak-agak, apa yang akan bermain dalam kotak fikiran korang?


Bagi pendapat aku la kan, sebagai salah seorang yang pernah rasa sendiri situasi atau pengalaman putus cinta ni, adalah mustahil untuk seseorang tu jalinkan semula hubungan persahabatan selepas daripada percintaan..Kenapa aku cakap macam tu? Sebab, semasa aku dengan si dia berpisah dulu, dia pernah berjanji yang kitorang akan tetap berkawan sampai bila-bila dan akan selalu keep in touch walaupun dah tak ada apa-apa lagi hubungan..Ok, fine, bagi aku, baguslah kalau macam tu sebab aku pun memang dah rapat dengan dia, kalau senyap terus macam tu pun tak elok jugak kan..Walaupun hubungan sebagai pasangan kekasih tu dah tak ada, tetapi hubungan sebagai sahabat tu biar la orang kata berterusan, itu lah apa yang aku harap-harap kan..


Tapi, seribu kali sayang, umpama menanam tebu di tepi bibir, segala janji yang dilafazkan hilang tidak dikotakan..Korang nak tahu berapa lama hubungan yang konon nya ditukar ganti sebagai satu persahabatan tu bertahan? 2 bulan? 3 bulan? Hanya kurang dari 4 hari sahaja kawan-kawan sekalian, 4 hari..Hanya aku yang sibuk bertanya khabar, tetapi "kawan" yang duduk disana tidak memberi balasan, diam seribu bahasa, kiriman khabar tidak berbalas..Oleh dari saat itu, aku teringat satu ayat yang pernah diucapkan oleh kawan baik aku sendiri yang mengatakan "sesuatu persahabatan itu selalunya akan berakhir dengan percintaan, tetapi sesuatu percintaan itu tak pernah berakhir dengan persahabatan"..Ada benarnya juga kata-kata kawan aku tu..


Itu la faktor kenapa aku rasa persahabatan ni mustahil boleh terjalin selepas percintaan..Bagi yang tak pernah rasa dekat batang hidung sendiri tu boleh la cakap macam-macam, tapi bagi orang yang dah biasa kena, pahit nya dia sendiri yang tanggung..Lagipun, buat apa nak menangis untuk seseorang yang berperangai macam tu, sepatut nya dia yang kena menangis sebab dia dah kehilangan satu-satu nya orang yang mengambil berat akan diri nya..Apa barang menangis pasal perempuan kan? Kalau dia boleh buat kat aku macam tu, tak mustahil suatu hari nanti dia pulak akan kena macam tu..Hidup kena beringat..hahahaha


Jodoh seseorang tu terletak ditangan Tuhan sebenarnya, kita hanya mampu merancang dengan siapa yang kita nak kahwin atau nak buat pasangan hidup, tapi tiada sesiapa pun yang dapat mengubah kuasa Tuhan kalau Dia mengkehendaki sesuatu atau mengubah perancangan kita..Mungkin ada hikmah disebalik kejadian yang berlaku yang boleh membawa kehidupan kita ke arah yang lebih baik di sisi-Nya =D


Bagi korang yang ada masalah putus cinta tu, korang jangan lah bertindak diluar dugaan pulak ekk..Kuatkan iman selagi boleh..Ni ada sedikit buah tangan untuk korang amalkan..


p/s: maaf la kalau aku dok merepek panjang-panjang narhh..Idea kering pulak malam-malam ni..hahahaha


* dapatkan kereta idaman anda dengan Yoli *





1 comment:

Che Ayu said...

pnah brcinta dgn bestfriend sndiri dan end up dengan masing2 buat2 x kenal..even dia ckp kitorang kwn smpai bila2

maaf nak cakap,tapi perempuan mmg mcm ni bila dilukakan. kalau boleh tak nak tgk atau ada hubungan dah dengan orang yang pernah lukakan dia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...