Sebelum tu, aku nak ucapkan tahniah kepada korang sekiranya ada adik-adik korang yang dapat 5 A dalam keputusan UPSR yang baru je diumumkan semalam..Kalau ada antara korang yang berjanji nak bagi hadiah macam-macam tu, jangan lupa tunaikan..Aku sendiri pun dah 'kopak' sebab kena bagi hadiah kat adik aku..Rasa menyesal pulak berjanji yang bukan-bukan dengan adik aku tu, tapi tak apa lah, sebab dia dah buktikan kemampuan dia dalam pembelajaran..Rugi sikit pun tak apa, betul tak? Hehehehe
UPSR dah keluar result, PMR punya result tak keluar lagi dan SPM masih belum tamat exam lagi..Ada tak antara korang yang pernah meniru dalam exam? Kalau tak ada tu baguslah, tapi kalau ada yang terkebil-kebil dan terasa hati tu, baik hentikan tabiat buruk tu..Tak ke mana pun kalau meniru ni, buat jatuhkan maruah je kalau kantoi dengan cikgu..So, bagi para cikgu atau bakal cikgu tu, kalau tak mahu pelajar korang meniru, mungkin boleh try cara kat bawah ni..Buat open exam..Baru boleh nampak pelajar mana yang kaki meniru tu..hahahaha =D
Fuhhh..Kena time panas memang berserabut kepala budak-budak tu..Atau pun bila kepala dah panas macam enjin kereta, baru otak diorang ni pikap, so tak payah susah-susah nak meniru..hahahaha
p/s: Plagiarism pun satu bentuk peniruan jugak =)
* Impikan kereta idaman? Jom sertai Yoli *
No comments:
Post a Comment