Entah pasal apa pulak tiba-tiba malam ni aku nak jadi mak andam, tapi, sekali-sekala apa salahnya, iye tak?? Bukan apa, hari ni aku juz nak share sedikit tips dengan pembaca cik mek molek (pompuan) yang suka pakai cermin mata tu tentang cara bermekap yang betul..Kepada yang lelaki tu, jangan jeles pulak ye, nanti kalau ada tips untuk korang, aku share ekk =D
Mungkin ada antara korang yang rasa bila pakai je cermin mata, dah tak boleh nak mekap-mekap, orang tak nampak la dan macam-macam lagi..Kalau ada yang boleh pakai contact lens tu lain la, bukan sama macam yang pakai spek, betul tak? Kalau nak tahu, semua tanggapan tu salah sebenarnya, meskipun korang pakai cermin mata, korang masih lagi ada ruang untuk bergaya dan kelihatan menarik..Macam mana cara tu? Meh sini aku nak ajar sikit (maap la ye, aku bukan pro sangat..hihihi)
1. Concealer
- Sebelum korang nak mengaplikasikan riasan, gunakan dulu concealer yang berfungsi untuk menutupi lingkaran hitam dibawah mata. Rata-rata orang yang berkaca mata memiliki lingkaran hitam sehingga sangat penting untuk menggunakan concealer dengan kerap agar mata kelihatan lebih segar.
2. Natural Eyeshadow
- Ada baiknya untuk terlebih dahulu lapiskan kelopak mata dengan foundation (alas bedak) secara tipis agar eyeshadow melekat sempurna dan tahan lama. Kemudian sapukan warna-warna natural pada kelopak mata seperti coklat, krim, oren dan kelabu. Korang jugak boleh sesuaikan dengan warna bingkai kaca mata korang namun hindarkan daripada penggunaan eyeshadow yang terlalu gelap kerana akan membuat mata anda nampak tidak bermaya. Jangan lupa gunakan eyeliner pada garis mata untuk memperlihatkan lagi bentuknya.
3. Maskara
- Lentikkan bulu mata anda dengan menggunakan maskara yang mengandungi bahan hypo-allergic agar mata terhindar daripada sebarang iritasi. Maskara ni kalau boleh gunakan secara tipis bagi mencegah mata nampak terlalu berat.
4. Rapikan Bentuk Alis
- Alis mata yang rapi dapat mengambarkan wajah korang dengan sempurna. Sebaik nya, alis sejajar dengan bingkai kaca mata atau berada di atas sedikit daripada bingkai. Selepas dirapikan, beri highlight pada tulang alis untuk memperindahkan bentuknya. Kalau korang rasa tak boleh nak buat sendiri, korang boleh pergi kat mana-mana salun kecantikkan yang menyediakan layanan ini.
5. Eye Make-Up Remover.
- Jangan lupa bersihkan mata korang dengan dengan pembersih khusus riasan mata atau lebih dikenali sebagai eye make-up remover. Gunakan kapas dan usap dengan lembut. Hindarkan daripada menggosok terlalu kuat kerana boleh mewujudkan kerutan di sekitar mata. Selepas itu, berikan eye cream agar ke-elastik-kan (susah betul nak sebut) sekitar kulit mata akan tetap terjaga.
Macam mana? Harap nanti korang boleh la praktikkan yee, tengok menjadi ke tidak..hehehe =D
p/s: aku minat perempuan berkaca mata (^_^)
2 comments:
bru tahu ni...sebab sy pun berkaca mata jgk.....
moga dapat diaplikasikan =)
Post a Comment