5. Hemlock
Hemlock ni dikatakan racun yang digunakan untuk membunuh Socrates (ahli falsafah Yunani). Dengan kepekatan cecair yang tinggi, racun cicutoxin dalam Hemlock ni boleh didapati kat bahagian akar dan kalau tergigit sikit, memang boleh membawa maut sebab dos racun ni cukup untuk membunuh seorang lelaki dewasa. Racun ni akan menyebabkan kepincangan di bahagian otot dan berakhir dengan kematian.
4. Snake Venom.
Toksik bisa ular ni bergantung pada banyak faktor, yang berbeza-beza dari panjang masa yang berlalu sejak patukan yang pertama hingga lah tahap bahaya ular itu menilai mangsanya. Ular yang paling beracun yang pernah direkodkan adalah vipers, cobras dan black mamba. Gejala-gejala keracunan gigitan ular termasuk lah bengkak, kegagalan organ penting, muntah-muntah, pendarahan pada mata, hidung dan gusi serta sakit di tempat yang terkena gigitan.
3. Arsenic
Dari segi sejarah, Arsenic menjadi pilihan pembunuh dan ia sentiasa menjadi salah satu peranti kegemaran yang digunakan dalam cerita misteri-misteri pembunuhan. Di UK, ia boleh didapati sebagai racun yang bebas dibeli terutamanya dalam membantu ahli kimia mengawal serangan tikus. Kesan Arsenic hadir dalam semua tisu manusia dan ia adalah elemen ke-20 yang sering ditemui. Apabila digunakan sebagai racun, tanda-tanda termasuk ketidakselesaan perut yang teruk, muntah-muntah dan cirit-cirit berdarah.
2. Strychnine
Salah satu bentuk racun yang paling popular pada awal abad ke-20, strychnine menyerang sistem saraf pusat dan menyebabkan tindakan refleks yang melampau. Dengan dos yang betul, mangsa boleh mati dalam tempoh masa 10-20 minit-setelah mengalami kesakitan yang melampau seperti di ambang kematian. Strychnine adalah senjata pembunuhan misteri pertama Agatha Christie - The Mysterious Affair at Styles. Dengan reputasi sebagai racun yang cepat bertindak, kaedah perubatan yang efektif telah pun diperolehi. Dengan itu, ia hanya boleh dilihat sebagai senjata yang efektif dalam fiksyen dan cerita-cerita misteri pembunuhan klasik.
1. Cyanide
Cyanide membunuh dengan menghalang sel darah merah dari menyerap oksigen. Ini menyebabkan proses yang dikenali sebagai "internal asphyxia". Kapsul Cyanide kononnya digunakan oleh pengintip Perang Dunia Ke-2 sebagai pilihan untuk melepaskan diri bagi mengelakkan diri daripada ditangkap dan diseksa dengan seksaan yang teruk. Lizzie Bourden, walaupun terkenal dalam les jenayah yang melibatkan kapak, telah didapati mengunakan cyanide dalam mangkuk gula keluarganya - mengesahkan yang dia mungkin mempunyai pelan sokongan sekiranya gagal dalam kesnya. Tokoh terkenal seperti Rasputin juga telah terkena kesan Cyanide dalam komplot untuk membunuhnya tetapi gagal. Oleh itu, car lain seperti menembak dan melemaskannya dugunakan untuk membunuhnya.
p/s: harap-harap korang paham la ekk..translate sendiri ni..huhuhu
No comments:
Post a Comment