Jom Singgah Sini =)

Monday, 3 October 2011

Setakat Ini Sahaja Cinta (sori-sori, admin masuk mode jiwang)



Perghhh!!..dulu kalau masuk bab cinta, konpom tidur tak lena, makan tak kenyang, mandi tak basah, kadang-kadang tu time b***k pun rasa tak puas..Itulah penangan cinta beb..hahahaha


Tapi sekarang, zaman 'bunga-bunga' dah bro..Apa yang dirasa time mula-mula feel bercinta dulu habis lunyai, hancur, berkecai..Impian yang dicipta bersama, berderai di tengah jalan..Kalau yang tak kuat semangat tu, mau masuk newspaper muka depan dengan headline yang mungkin menarik minat pembaca "Putus Cinta, Bunuh Diri"..Itu dah jadi satu trend sekarang ni nak kasi setel masalah..Setel wak lu!! Menyusahkan orang ada laa..hahahaha..


Aku teringat lagi..Time bercinta, ayat mau sedap..Boleh guna apa saja nama timangan yang ada, daripada "awak, saya" sampai la "mama, papa"..Alooo bro, time tengah sedap memang la syiokk, geli-geleman mana ada, lagi bangga ada la..Cukup time, bila dah boring, mula rasa muak, mual, gatal tengkok, nak muntah suma ada..Muka bangga dulu mula la berubah jadi muka taik..Kalau time bercinta, henset tobat la nak letak tempat lain, 24/7 atas tangan jaa, senang nak reply mesej..Kalau dah jadi cinta beruk, henset pun tak mahu pegang dah, ada jugak yang cabut bateri or buat dekk je..Malas nak layan katakan..


Hahahaha..so, aku ada sebuah puisi time syiokk-syiokk bercinta dulu yang dikarang oleh Jamal Pak Tongko..Korang layan je la..


RAHSIA ITU BUKAN PADA HATI.

Si dia dengan mudah menerima kehadiran aku
Dengan lirikan matanya,
Serta senyuman yang terukir,
Aku seakan memahami maksud hatinya.

Dia begitu indah pada pandangan aku,
Begitu juga hati aku untuk mnyulam namanya di hati
Biar cintanya tersulam dalam hati,
Agar tiada siapa yang tahu,

Dia biarkan persoalan diantara temannya,
Namun rahsia itu bukan lagi pada hati,
Kerana setiap kali lirikan matanya bertentangan dengan aku,
Hati aku seakan lutsinar,
Tiada lagi rahsia.

Betapa gembiranya hati ini,
Tatkala hati aku terasa sakit dengan peristiwa sebelum itu,
Dia datang menghapus duka aku,
Menjahit kembali luka yang kesakitan,
Menutupnya seakan parut juga tidak berani muncul.

Dia juga tidak betah membiarkan,
Rahsia yang terkandung lam tersimpan di hati,
Kini rahsia itu hanya di mata,
Bila 2 mata bertentangan,
Tersimpan rahsia hati dia dan aku....

Aku pun pelik, rasa macam ada masuk sikit pasal aku..Tapi ini time mula bercinta ja bro..Cuba korang layan pulak puisi orang putus cinta pulak..hehehe

HIDUP TANPA CINTA.

Aku tak betah lagi untuk hidup
Kerna jiwaku kini telah berterbangan
Membawa seribu kekuatan
Sejak perginya engkau dari hatiku

Engkau hadir menceriakan hari-hariku
Mencetus satu semangat buat kehidupanku
Membuatkan aku sedar cinta itu fitrah manusia
Yang bila saat berakhirnya diiringi kekecewaan

Seperti menggabungkan dua hati
Mencipta satu gelodak rasa yang membara
Membunuh musuh sepi dan rindu
Namun itu yang sekadar cuma

Aku akan pergi meninggalkan
Sama seperti kau meninggalkanku
Saat itu akan tiba
Apabila runtuhnya semangatku
Untuk meneruskan kehidupan ini
Apabila khabar menerjah benakku
Memberitahu kini kau punya penggantiku
Sedang cinta aku masih tergantung
Menanti hadirmu sekali lagi
Mengisi hati ini biarpun pastinya tak akan terjadi

Buatmu gadis yang selamanya aku cintai......

Ini baru kena bro..Sekali putus, baru tahu apa itu cinta..Itu la orang tua-tua pernah cakap, bercinta lepas kahwin baru betoi..Selama ni aku tak pernah pun ambik port pasal tu, biasalah jiwa muda, ada apa hal nak dengar cakap orang tua-tua, oldskool maa..Bila dah kena atas dahi sendiri, baru tahu langit tu tinggi ke rendah..hahahaha

Bagi aku, cinta aku sekarang berakhir setakat ini sahaja..Nak ingat balik pun tarak guna dah, buat sakit hati jaa..Kalau tak suka tu, baik la cakap awal-awal, jangan patah kan hati orang lain..Kamon la, what goes around, will comes around..Hukum karma tu ada, sekali kecewa kan hati orang, seribu kali kecewa korang kena balik..Konpom bhai..hehehehe

So, bagi aku yang dah terkecewa ni..Hidup masih perlu diteruskan bro..Member aku pernah cakap, maybe ada hikmah disebalik kekecewaan tu, mungkin juga ada benda yang lebih baik menanti dihadapan, yang lepas tu let go..Trimas bro, aku rasa kau betul..Tak guna putus asa sebab benda kecik macam ni..Apa yang pasti, bila korang terjatuh sekali, belajar la untuk bangun sendiri..Sebab dalam hidup ni, kita akan terjatuh banyak kali, tak kan nak harapkan orang lain datang tolong..Pandai-pandai la dikau berdikari..This is a goddamn cruel world bro, if you want to live in it, learn to adapt..

Sampai sini je la kot aku membebel, letih tangan menaip ni..Kalau korang rasa apa yang aku cakap ni betul,pratikkan la dalam kehidupan korang..Kalau korang tak setuju pun, apa ada hal, blog aku, sukati aku laa..hahahaha =D

* pergi dulu, mata dah kuyu =p

2 comments:

Fisialo de Alfonso said...

itulah lumrah bercinta...tapi kena ingat jugak...
Ketapi Pancit penah cerita kat aku...dya penah mengeluh kt kawan dya pasai ada problem dlm cinta...sedas saja kawan dya jawab..."tuhan jeles ngn hg..." sbb pa..."sbb mngkin selama ni hg terlalu cinta dya smpai hg lupa pada Maha Pemberi Cinta..." Allah uji kita dgn bagi kita jatuh cinta dgn org yg kita sayang supaya Dia boleh lihat adakah cinta kita terhadap manusia itu melebihi cinta kepada Nya...
~aku x penah bercinta...ttp hanya sekadar memberi nasihat...

shuttet said...

Mungkin ada betoi cakap ang..tq sebab bg nasihat kat aku =) =) =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...