Jom Singgah Sini =)

Monday 5 September 2011

Telefon Lutsinar Daripada APPLE =D

Sejak akhir-akhir ni, aku tengok makin banyak gajet yang canggih-canggih keluar kat pasaran..Daripada guna 2G ke 3G hingga lah 3G ke 4G, lepas ni apa G pulak yang keluar, aku pun tak tahu..hehehehe..


Apa yang aku nak tunjuk kat korang dalam entri kali ni adalah telefon konsep terbaru daripada Apple, iaitu iTransparent..Telefon Apple iTransparent ni merupakan telefon konsep 4G, yang masih lagi belum dikeluarkan kat pasaran..Tapi bila aku tengok balik dengan design telefon ni yang menarik, aku dapat rasa yang tak lama lagi telefon ni mesti jadi telefon masa depan untuk iPhone..


Ciri menarik yang korang patut tahu tentang telefon ni adalah housing dia yang lutsinar tu boleh bertukar mengikut cuaca!..Stylo kan?..Contoh kalau waktu panas, housing dia akan jadi lutsinar, waktu hujan housing dia akan ada macam partikel-partikel titisan air hujan dan kalau waktu sejuk pulak, housing dia akan diselaputi dengan frost salji..Menarik tak?? Sapa-sapa yang teruja tu boleh la layan gambar kat bawah ni, mana tahu boleh pasang niat nak rembat satu, boleh jugak kumpul duit siap-siap dari sekarang =D














p/s: sapa yang ada duit lebih tu, boleh la belanja aku satu..hehehe

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...