Jom Singgah Sini =)

Monday, 12 September 2011

Ciptaan Terhebat Nazi German..

Aku kalau dalam bab-bab sejarah ni memang aku minat, tambah-tambah pulak kalau pasal Perang Dunia Ke-2 dulu..Dalam buku teks sejarah Tingkatan 5 dulu pun kita ada belajar pasal ni jugak kan, macam mana Perang Dunia Ke-2 tercetus, pihak mana yang menang dan apa yang jadi lepas perang..


So, dalam entri kali ni, aku bukan nak ajar korang pasal sejarah (walaupun aku pro subjek ni..hehehe), tapi sekadar ingin berkongsi dengan korang tentang ciptaan pihak Nazi yang kita tak pernah tahu sebelum ni..Kalau korang cari dalam mana-mana buku sejarah lain, memang susah nak jumpa, itu pun tak banyak, betul tak??


Walaupun kita tahu Nazi German dah pupus@kalah, tapi ciptaan diorang ni memang superb memandangkan teknologi waktu tu kita pun paham kan, tak berapa maju lagi..Tapi still diorang boleh cipta benda yang melangkaui teknologi zaman diorang..Respek kot =D


Fliegerfaust - pelancar roket

  Zielgerät 1229 "The Vampire" - senapang yang guna pengesan infra-merah untuk mengesan haba

 Silbervogel - pesawat tanpa pemandu a.k.a UAV

 Panzer VIII Maus - Kereta kebal terbesar, terberat dan paling perlahan dalam batalion kereta kebal German.

 XXI U-boats - Kapal selam paling efisien dan berkuasa yang membantu memenangkan pihak German di Atlantik.

Landkreuzer P. 1500 Monster - kereta kebal paling besar dalam angkatan perang German. 15 kali ganda lebih besar dari kereta kebal biasa.

 Messerschmitt Me 163 - kapal terbang paling unik dalam Perang Dunia Ke-2 dan berfungsi untuk menghantar pesanan tentang pengeboman strategik yang berjaya dilaksanakan.

 StG44 - senjata konvesional yang popular German sehingga diaplikasikan dalam permainan video seperti Call of Duty dan Medal of Honour.

p/s: kalau la Nazi German pandai aturkan dan siapkan ciptaan diorang lebih awal, aku rasa US yang akan kalah dalam Perang Dunia Ke-2 time tu (aku bukan pro-Nazi, harap maaf).

1 comment:

Nur Misnan said...

sebab itu saper masuk GMI pasti
jadi terbaek..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...